Hari ini. Sebab tidak tahu nama saya apakah.ADA PELAJAR PANGGIL SAYA CIKGU ANIS. HaHa. sedap jugak. Cis! Budak-budak sekarang panggil cikgu cuma dengan kata sifat sahaja. Kalau tidak tahu nama cikgu, depa main hentam sahaja untuk menggambarkan cikgu tersebut. DIA CAKAP APA YANG DIA NAMPAK kat kita. Tadi pelajar saya datang. Pelajar tingkatan tiga. Jumpa saya dan berborak-borak. Sajalah. sambil-sambil mahu ambil tandatangan cikgu bagi kerja ko kurikulum mereka. Nak pohon masuk sekolah lain masa tingkatan empat samada ke sekolah teknik atau apakah maka markah kerja kokurikulum kenalah ada ye dak? Masa berborak. Mereka tidak tahu nama cikgu apa yang patut jumpa. Punya lah susah mahu ingat nama. Jadi tahu bagi kata sifat sahaja. Situasi satu: cikgu putih-putih dan suka tempik Pelajar : "cikgu, saya nak jumpa cikgu KRS [Kadet Remaja Sekolah] Saya: "siapa nama cikgu tu?' [kalau tahu nama sudah tentu boleh bagitahu tempat duduk cikgu itu di mana ye dak?] Pelajar: "alar..tidak ingat nama lah cikgu..." Saya: "habis tu macamana? Ingat balik siapa nama" Pelajar : "ha..cikgu tu putih-putih dan suka bertempik kuat masa perhimpunan" Saya: ???? "putih-putih dan suka bertempik?" Pelajar: "ya lah..dia suka dok tempik-tempik kat perhimpunan marah budak-budak" [lihat tuh? Cikgu yang putih-putih suka bertempik. Walaupun saya tahu siapa. Tapi. Budak-budak ini sungguh macam ini gaya. Apalah. Cait!] Situasi 2: cikgu pakai tudung takat ni takat tu dan cermin mata Pelajar: "saya nak jumpa cikgu yang ajar main badminton" Saya: "siapa nama dia?" Pelajar: "saya tidak ingat, tapi, dia pakai tudung setakat ini [sambil tunjuk paras pinggang] dan pakai cermin mata" Saya: "siapa? Ramai cikgu yang pakai cermin mata dan pakai tudung besar" Pelajar: "dia lah yang pakai tudung setakat ini [tunjuk pinggang lagi] [lihat tuh..pakai tudung setakat ini dan ini dan bercermin mata. Sungguh saya tidak tahu siapa. Selidik punya selidik baru tahu tuan empunya badan] Situasi 3: cikgu tinggi dan kurus-kurus Pelajar: "cikgu, ini beg tangan cikgu yang tertinggal dalam kelas" Cikgu: "beg cikgu mana?" Pelajar: "hmm..beg cikgu yang tinggi-tinggi dan kurus-kurus tu..tidak tahu nama" Cikgu: ??? [lihat..cikgu yang tinggi-tinggi dan kurus-kurus] saya lah orang itu. HaHa. Hari itu punya lah kalut keluar dari kelas tertinggal handbag dowh!] HaHa. Malu seh!Tidak payah selidik. Ini saya. Situasi 4: cikgu eye shadow terang Saya: "siapa yang ajar bahasa melayu awak?' Pelajar: "erm...tidak ingat lah cikgu itu nama apa" Saya: "hai. Belajar sampai nak habis tahun dah masih tak ingat nama?" Pelajar: " alar cikgu..yang pakai eye shadow terang-terang tu" [ha kau? Tengok tuh siap bagitahu cikgu yang pakai eye shadow terang benderang. Saya mahu gelak. Tapi. Apakandaya. Budak-budak punya cakap tidak reti tapis.] Situasi 5: cikgu yang ada tahi lalat Pelajar: "cikgu taik lalat itu garang seh!" Saya: ???? "cikgu mana?" [lihat tuh, main hentam panggil cikgu dengan nama cikgu tahi lalat. Saya berasa juga. Saya ada tahi lalat dan garang juga. KahKah. Kawan serumah pun sama.] ........................................................................................................................................................................................................................................................ Pelajar kadang-kadang macam ini lah. Hai. Suka suki memanggil cikgu dengan gelaran yang dia suka. Panggil cikgu sanggul tinggi. Panggil cikgu doremon kalut. Panggil cikgu tahi lalat seorang satu. Panggil cikgu pendek-pendek. Panggil cikgu nobita. Panggil cikgu rambut jarang. Panggil cikgu seksi. Panggil cikgu gajah. Panggil cikgu kucing. Haish! Yang lain-lain tidak lah mahu saya sebut lagi. Tidak tahan telinga. Dulu masa saya kecik-kecik. Paling encik ayah larang ialah melawan cikgu. Jangan melawan cikgu. Kelak ilmu tidak berkat. Jangan sekali-kali melawan cikgu kelak masa depan berjaya pun ilmu masih tidak berkat. Jangan cakap kat cikgu bukan-bukan sebab cikgu adalah orang yang bagi ilmu yang banyak kat kita. Itu Lah encik ayah. Dia guru saya juga. Itu lah. Budak-budak sekarang. macam ini lah. p/s: minum air halia sekali sekala rasa macam mahu pengsan. Perut angin punya pasal. Makan lewat tak ada jadual. Begini lah jadinya.
Sunday, November 14, 2010
Dia cakap apa yang dia nampak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

6 comments :
esh3..kecian cekgu2 neh...hee~ :D
lawak2.. tp mmg betol pon..my mum pon cikgu.. budak sekolah rendah siap tego lagiik.. cikgu..rini pakai baju baru ke? yg tlg bawak beg tgn plak.. siap bleh buat gaya ala2 datin lagi ngn beg cikgu..hehehe
kalau cerita pasal budak2 skolah ni.. mmg macam2 kan.. my friend pun cikgu.. hari2 blog pasal murid2.. comel
hahaha,,kdg2 sy gelak dalam hati jek..rasa nk pecah perut..tp, tebalkan jek hati..ikut kn durang...mcm2 kasi gelaran kt cikgu..
biaselah tu.. kita dlu pon perangai sama je.. tapi btl2 penyabar je boleh jd cikgu ni.. kalau sayalah jadi cikgu.. takut balik umah dorg x bwk kepala... hahaha
cikgu mana?.... cikgu pompuan yang cun tu... yang selalu kenyit mata kat aku masa ajar main netball tu.....
ehhh aku dolu main netball ke?... auwww tak menahan......
Post a Comment