Tenet
Internet rumah encik ayah macam ikan emas yang sedang mahu mati. HaHa. [ibarat apakah ini? internet itu sudah cantik dan comel macam ikan emas dah dan memang kena ada lah zaman-zaman sekarang ye dak?
Tapi. Kalau servis internet macam ini gaya. Memang ikan emas cantik sudah mahu mati. HaHa
[walaupun macam tidak kena dengan ikan emas lantak lah. saya hentam sahaja] KahKah. lawak raya haji. titik. sila berhenti merapu.
..................................................................................................................
Bercantum semula
Saya di rumah encik ayah dengan kesibukan yang sungguh tidak boleh cerita. Saya rasa saya menjadi sibuk dengan keriuhan adik beradik saya yang lain. Kakak saya semua nya balik ke rumah encik ayah raya tahun ini.
Adik laki-laki saya juga tidak terkecuali. Menjadikan kami sebagai sebuah keluarga besar yang bercantum semula. Rasa kasih adik beradik semua dengan gelak ketawa yang jarang sudah ada saat dewasa sekarang.
Aidil Adha ini kami bercantum semula.
Apabila anak-anak puan emak dan encik ayah sudah dewasa dan masing-masing sudah punya kerja dan hidup sendiri. Tungguh hari raya atau ada hari kebesaran apakah baru dapat bercantum semula kesemuanya.
Bila balik kesemuanya. Masa ini encik ayah dan puan emak tidak hilang ketawa dan tidak kering gusi. Raya Haji tahun ini akan berlangsung juga hari pernikahan saya maka adik beradik semuanya berkumpul. Wah. Saya gembira. Tunggu melepaskan rindu pada anak buah comel dan gelagat comel juga. [serius rindu]

Seronok. bergurau dan bergelak ketawa yang penuh lawak-lawak banyak. haish~ saya ketawa saja. Idea lawak tidak ada pada saya. Kakak saya yang seorang dua orang itu sudah menjuarainya. Saya Cuma tumpang ketawa. HaHa.
Dan setiap seorang menyumbang cerita dan watak berbeza. Hey! Setahun sekali ia baru dapat bercantum semula seperti ini. Sudah berkahwin sudah pasti tidak selalu beraya di rumah encik ayah dan puan emak. Tapi tahun ini, kakak saya pulang kesemuanya. Seronok.
.....................................................................................................................................................................................................................................................
Dup. dap. Dup. Dap.
Saya sedang menanti debar. Dan berdoa yang baik-baik sahaja. Saat-saat akhir sekarang terasa sungguh tidak kena dengan apa saja kerja.
[moga TUHAN mempermudahkan urusan semuanya dan melimpahkan kesejahteraan ke atas semuanya]
[moga TUHAN mempermudahkan setiap perancangan dan mendorongkan kelancaran semuanya]
[moga TUHAN melimpahkan keselamatan ke atas semuanya]
[dan moga TUHAN memberkati majlis saya dan menjadikan ia sempurna seperti biasa-biasa selalunya]
Amin.
........................................................................................................................................................................................................................................................
Jaki aka jeles
p/s: saya mahu beritahu sesuatu. Apa yang kita tanam. Itulah yang kita tuai. Jika dahulu bersusah payah encik ayah dan puan emak membesar kan kita. Dan menyekolahkan kita sehingga kita menjadi seseorang yang berguna.
Kita adalah acuan mereka yang mengikut doa menjadi sebahagian berkat hidup encik ayah dan puan emak dan betapa mustajabnya permintaan mereka.
Daripada mereka susah sehingga mereka bersenang lenang banyak. Daripada tidak ada apa-apa sehingga jasa-jasa mereka dibalas satu persatu oleh anak-anak.
Kadang-kadang ada orang lain mencemburui encik ayah dan puan emak kita. Macam tidak senang pula melihat kebahagiaan kita yang berganda. Mengapakah?

0 comments :
Post a Comment