...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 9, 2010

Hari ini selasa. Bukan khamis

Tadi saya fikir hari ini sudah khamis. Gila. Saya pun lihat jadual hari khamis. Otak mula dok rancak pikir apa yang saya perlu buat hari ini. Pagi khamis ada bacaan yassin. Dan kemudia ada satu kelas tingkatan empat. Kemudian mahu bincang soalan kertas peperiksaan sejarah bahagian esei lah. [lihat tuh! Tidak menahan punya perancangan]

Masa sedang berjalan nak sampai ke sekolah. Tiba-tiba saya terasa macam salah. Haish~ hari ini bukan khamis lah. Hari ini hari selasa dowh!huhu. macamana boleh macam ini gaya. Hurm. Angan-angan dan perancangan musnah. Di tengah jalan.

Hari ini. selasa. Selasa okay?

Kemudian.

Tadi pagi. Mahu menutup pintu rumah. Kemudian masa tutup terkepit kaki. Gila sakit dowh. Hai. Kesian jari kaki yang terkepit itu. minta maaf saya tidak sengaja.

Sekian kisah pagi. [selasa okay hari ini. bukan khamis]

.......................................................................................................................................................................................................................................................

Mula yang lain.

Saya sudah siap kerja saya. Rasa lega banyak. Ada sikit saja lagi yang tidak perlu sangat fokus sampai terkeluar rambut kot celah tudung. Atau sampai boleh pecah peluh di dahi. HaHa.

Sebab sudah masuk hari selasa. Maka tinggal rabu dan khamis sahaja. Ewah. Seronok lah kan? Kemudian Jumaat. Kemudian sabtu. Cuti hari minggu. Asyik! Tomorrow is Wednesday. HaHa. [tamat pelajaran mengira hari. Macam darjah satu dulu kan? Cikgu ada ajar kira hari]

Sekian kisah kira mengira hari. [selasa okay hari ini. bukan khamis]

........................................................................................................................................................................................................................................................

Sambung minggu depan pulak. Maka ahad dan isnin sekolah. SELASA sudah mula cuti. Dua hari sahaja. KahKahKah. Gila seronok. Mahu cuti sekolah dah. Mengaji dua hari sahaja. Kemudian cuti raya korban.

Selamat tinggal lembu encik ayah. Encik ayah sudah berniat korban tahun ini. Beliau mahu sembelih lembu seekor. Hai. Lembu. Anda banyak pahala. Tuhan jadikan dikau untuk bagi daging pada manusia. Bersyukur banyak. [eh tiba-tiba bertazkirah dan berdakwah tentang binatang korban pulak. Apa hal?]

Encik ayah ada banyak ekor lembu. Tetapi sekarang encik ayah sudah tua. Anak-anak tidak lagi bagi encik ayah pelihara lembu banyak. Anak-anak suruh encik ayah dok diam-diam dalam rumah.

Rehat banyak-banyak. Merasa jasa anak-anak pulak. Ye dak? Anak-anak kata cukup seekor sudah kalau itu hobi encik ayah dengan binatang. Kalau encik ayah tidak betah duduk diam tanpa buat apa-apa. Maka. Yang seekor itulah akan tumbang. Itu lah namanya khidmat pada tuan. Pepatah apakah? [mula merapu]

Hey iman. Berhenti.

Sekian kisah lembu korban. [selasa okay hari mula cuti. Bukan khamis]

.........................................................................................................................................................................................................................................................

Saya malam ini tidak lagi tinggal seorang di rumah sewa. Kawan serumah sudah balik mai langkawi hari ini hari selasa. Air di rumah dia sudah mula surut katanya. Hai. Kesian kan? Saya boleh bayangkan lumpur banyak masuk dalam rumah.

Bila air bah mula surut. Lumpur dan segala macam kotor. Lepas itu tidak lah boleh dicuci segera. Sebab bekalan air bersih belum dibuka. Kena tunggu api dan air di buka dulu oleh pihak berwajib. Baru boleh cuci. Jadi. Sekarang Cuma boleh tengok lumpur dalam rumah.

Geli. Bila kawan kata ada lintah. Hohoho. [saya geli dan takut dengan binatang yang boleh meregangkan badan secara elastic itu. geli.geli.geli. banjir-banjir ini dia ada]

Sekian kisah air bah dan lumpur serta lintah. [selasa okay kawan balik mai langkawi. Bukan khamis]

........................................................................................................................................................................................................................................................

Huhuhu. Apa lah saya akhir-akhir ini. sungguh begini ceritanya.

1 comments :

Acik As said...

tidak sabar mengira hari bahagia tu...(^^)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?