...sekolah kehidupan..

Monday, November 8, 2010

Sebuah karangan berangan

Saya tertidur petang tadi. Sekejap saja. Tidak sampai satu jam. Mimpi hantu woh! Terus terjaga. Syoh! Syoh! Pergi jauh-jauh. [nampak tidak? Tidak bagus tidur petang lepas asar ni] jangan tiru aksi ini.

....................................................................................................................................................................................................................................................

Okay. sunyi pulak malam ini. Kawan serumah tak balik lagi ke langkawi. Rumah dia naik air. [hey. Bukan lah rumah itu sedang menunggang air: macam naik kenderaan pulak] rumah dia telah di naiki air. Sebab banjir di utara. Ewah. Kena letak ayat skema. Baru betul. Ye dak?

.....................................................................................................................................................................................................................................................

Tak tahu dah nak buat apa. Semua kerja sudah siap. Rasa macam mahu berangan.

Hey. Ini untuk tatapan anak cucu. [anak cucu?] berkahwin pun belum. Tidak apa-apa. Ini adalah satu karangan berangan okay. sebab kawan serumah tidak ada. Maka tidak ada orang mahu bersembang. Jadi mari lah menulis karangan berangan.

......................................................................................................................................................................................................................................................

Tajuk: karangan berangan untuk masa hadapan yang jauh. [tuh. Tajuk tak menahan]

Serius. Saya serius. Nak berangan sekejap okay.

Saya berangan hari ini.

Saya menulis untuk tatapan anak dan cucu serta cicit. Kelak saya harap blogspot.com tidak mati dan tidak menutup servis. Sebab tulisan saya ada di blog comel ini.

Mari berangan.

Hai. Ini blog saya. saat saya masih belum berkahwin dengan suami.

Ini catatan untuk yang bakal saya ada. Di sini adalah masa muda saya dan seluruh kehidupan saya hari-hari. Tentang hidup dan cinta. Tentang anak murid dan sekolah. Tentang kerja dan pendidikan. Hari-hari yang saya rasa. Dan manis juga bila di kenang-kenang untuk tahun-tahun yang sudah berlalu dan akan berlalu.

Selebihnya jurnal saya ada di buku. Mungkin anda tidak akan berjumpa dengan buku saya. Kelak di masa hadapan mungkin akan hilang. Ambil risiko itu. mungkin saya akan berpindah. Atau akan berpindah lagi. Maka. Disini saja akan ada.

Ini akan menjadi sebuah kenangan yang banyak. Sebab dia tidak suka menulis. Maka sayalah yang suka menulis. Saya lah orang itu. Kontra bukan. Tidak apa. Itulah pelengkapnya. Dia bahagian teknikal sahaja. Maka sayalah di bahagian akademik dan penulisan begini.

Hai apa yang saya bakal ada. Saya mengharapkan ada di antara anda yang suka menulis dan mencatat seperti saya juga. Kelak jika saya masih ada semasa anda membesar. Saya juga pasti membaca catatan anda. Bukankah itu sesuatu yang comel dan menarik.

Tidak apa. Saya pasti mendidik dan mengajar anda.

Sebelum saya menjadi tua. Dan dia juga menjadi tua untuk kita. Saya dan dia ada disini. Di penulisan ini.

Hey. Sekarang dia sedang melakarkan plan majlis yang baru untuk kita. Saya mendoakan dia cepat selesai kerja.

[cis! poyo kan? Menulis begini?]

Tidak. Hari ini saya mahu berangan.

Hai anda. Ini adalah jurnal saya. Yang saya kira sebuah kehidupan yang mungkin berbeza dengan hidup anda semua kelak...

Bersambung.

Karangan berangan ditangguhkan.

[mungkin akan disambung berangan pada suatu masa yang lain]

p/s: saya dengan tidak berasa malu dan menjadi hamba NYA yang selalu meminta. Memohon TUHAN mempermudahkan urusan di masa hadapan. Amin.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

teruskan menaip di belog..

tapi kan... mende free nih ...jarang sgt bertahan lama.. lambat laun.. kene byr juga.....

pensil iman said...

pokcik..tak apalah...sy akan byr utk blog ini..huhu..[bila tahun ya?]


iman dan ulam..begitu dasyat kah?