...sekolah kehidupan..

Monday, November 8, 2010

Cabuk lah dia itu

Hari ini rasa ralat. Cabuk punya orang itu.

Hari ini saya belajar benda baru yang sudah lama. Saya baru nak belajar. Yang kita tidak lah boleh percaya cakap orang secara banyak. Kelak menyusahkan diri. Menyusahkan orang lain. Dan menyusahkan siapa-siapa yang bersangkut dengan kita.

Saya pelik dengan orang yang suka bercakap kemas secara banyak ini. Dan kita pun salah juga. Tidak selidik latar belakang betul-betul. [ya lah. Kita jarang juga mahu bersyak wasangka tidak baik pada orang. Semua di pandang baik-baik saja]

bila mahu confirm dengan pihak yang betul-betul. masing-masing tidak tahu si peon ni siapakah? bukan ada hak pun mahu berbuat keputusan besar apakah.

silap sendiri juga tidak selidik betul-betul.

Rupanya dia: [tin kosong yang riuh]

Cabuk lah dia itu. Saya tidak gemar orang macam ini.

Orang itu kadang-kadang nampak macam yakin. Bercakap macam dia buat keputusan semua. Alih-alih dia cuma peon. Alih-alih dia cuma orang yang kerja tolong angkat barang. [ibarat lah kan]

Macam ini orang pun ada juga. Dia belagak cakap macam pengurus tapi dia cuma kerja tukang jaga. [ibarat kata lah kan. Macam itu lah]

Jadi. Hari ini pengajarannya. Jangan mudah percaya orang macam ini. kelak kalau berurusan juga. Terasa macam kena tipu dan rasa terkena pulak. Ye dak? Sudahnya kita susah sendiri. Kita dok rasa kemas dengan ayat dan yakin dia. Alih-alih..?

Alih-alih bila berurusan. Baru tahu dia cuma peon saja. Ha kau? cakap kemas tak menahan. Lepas itu. kita yang terasa sakit. Mula lah nak kena tukar macam-macam. Berkait dengan orang ramai pulak. Celaka peon.

[haku saja jek letak peon. sebab macam tu lah ibaratnya]

Masa itu. bila sudah terlajak banyak kerja dan berurusan dengan dia. Kita talipon dia pun sudah tidak mahu berjawab dah. Yang hari itu dia pong pang pong pang pong cakap dekat kita semua boleh selesai dan baik-baik saja. Dalam tangan dia sajalah senangnya]

Kita pun senang hati. Urusan jadi macam kena sajalah kan? Alih-alih hari ini. Dia cakap macam lain pulak. Itu ini itu ini. tidak boleh itu. tidak boleh ini. Kena tunggu orang tu. Kena ambik tandatangan orang ini. Dia pun sudah nampak macam mahu lari-lari daripada kita. Cila..[sudah tidak mahu sebut]

Macam ini orang pun ada. Saya baru tahu. Sebab selama ini di sekeliling saya tidak lah ada orang macam ini. Bila hal ini terjadi pada orang yang paling dekat dengan saya. saya rasa ralat juga.

Dia orang lurus. Kena tipu dan terkena macam ini pulak. Saya geram juga. Rasa tidak patut lah dia kena macam itu. Saya pun tidak boleh tolong dia secara banyak. Lepas menasihati dan memberi sikit semangat pada dia.

Saya cuma boleh lepas geram sikit di sini. Maaflah tidak berbahasa bagus dan molek-molek.

Masa kita talipon sekarang sudah dia buat pekak. Mesej pun tidak mahu jawab dah. Bila kita sudah tau dia cuma kerja peon. Lagi lah dia malu. Yang dulu pung pang pung pang pung dia cakap gaya pengurus semua kawasan. Sudah di periksa semua baik-baik dan boleh saja buat program apakah. Celaka. [minta maaf lah tersebut lagi] Huh.

p/s: ha ambik kau. Aku kasi celaka. Jam 13.07/Isnin/ 8 ov 2010. [tidak pernah lagi seumur hidup cakap benda celaka pada orang]. Rasa macam jahat pulak!

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?