Selamat berhari isnin. Selamat bekerja juga. Saya pun macam orang tengah kerja juga. Menaip sesuatu di pagi isnin. Mari menyambung:[sambungan ia cuma enam yang sejarah di sini] sila klik. ............................................... Pilihan. Anak. Maka saya sudah membuat satu pilihan tekad. Memilih encik suami yang jauh itu dan boleh dicapai. Lihat Tuhan memberi saya pilihan. Satu. Jauh. Di Perancis sana dia pergi belajar dan ibu bapa meminta kami memutuskan hubungan yang telah sedia molek. Saya berasa sungguh sakit. Dua. Jauh. Di selatan sana dia ada menanti saya dan ibu bapa tidak pula banyak memberi halangan. Cuma menanti saya mengatakan ya sahaja. Saya berasa ragu banyak. keduanyan adalah laki-laki baik yang pernah saya kenali. Maka. Wajarlah saya membuat satu keputusan iaitu mencapai yang jauh juga. Tapi yang boleh saya capai. Maka encik suami lah yang saya capai dahulu. .............................................. Sabah dan Labuan. Dalam ragu. Berani-berani meletak satu yakin. Sudah lah. Kalau tidak jadi. Tidak apalah. Tuhan pun tidak merestui saya membawa diri jauh sebab kecewa sungguh. Semasa menunggu panggilan guru kali kedua pada Julai. Terus saya memohon mahu berkhidmat di Sabah. Keduanya. Labuan. Saya rasa boleh saja saya bepergian. [semasa ini belum kenal dia wahai anak] Permohonan saya tidak berjaya. Saya di tempatkan di langkawi. Semasa itu. encik ayah dan puan ibu juga. Tidak juga meredhakan melepaskan saya pergi sabah dan Labuan. Apabila di tanya di mana lokasi saya mahu berkhidmat. Terus encik ayah berkata. Dalam kedah sudahlah. Huhu. [tiada restu. Memang Tuhan tidak memudahkan cara. Tahu? Ambil iktibar ini] .................................................... Anak. Kawan-kawan saya bertanyakan saya tentang bagaimana perkenalan saya dan dia. Bukan sahaja kawan-kawan. Malah seluruh ahli keluarga. Tidak kira pihak keluarga saya atau keluarga dia. Saya tidak lah mahu cerita. Diam sahaja. Biarlah rahsia. Dia pun begitu juga. Jika ada yang bertanya juga. Saya dan dia mereka satu cerita bagus. KahKahKah. Cukuplah disini saya mengatakan bahawa: Jika hati hendak semuanya menjadi. Ada jujur sudah. Ada percaya sudah. Ada yakin sudah. Biarlah engkau jauh di mana. Hati satu sahaja. ....................................................... Anak.Saat saya sedang serabut menahan kecewa tidak di restui keluarga pihak laki-laki [seseorang yang ibu kenal sebelum ayah]. Setelah laki-laki itu telah ke Perancis. Saya tekad mahu memutuskan hubungan. Biarpun dia tetap mahu meneruskan. Tapi, pada saya hubungan yang tidak punya restu ibu bapa. Sungguh tidak boleh ke mana. Mahu hidup dimanakah kita? Jika tidak ada restu banyak. sekali sekala tidak apa. Ini mahu sepanjang hidup menahan rasa. Tahu? Jadi. Jangan mengundang padah banyak. berhenti lah sebelum menjadi lebih sakit dan teruk. Ambil lah pengajaran orang lain yang kita nampak. .................................................. Apabila saya membuat keputusan mahu memutuskan hubungan. Maghrib itu usai solat maghrib. Meluru saya ke bilik encik ayah dan puan emak. Memberis alam dan mengetuk pintu bilik encik ayah dan puan emak tanpa rasa bersalah. Saya menangis semahunya di kaki encik ayah yang selesai sudah solat dan sedang berbaring rehat. [ish! Dalam dewasa-dewasa ini, saya tidak pernah begini. Mengadu masalah cinta dengan orang tua] Encik ayah tenang sahaja. Minta saya cerita semuanya. Saya mengatakan. "cinta kami tidak di restui". Sungguh pun pada awalnya baik-baik saja. Encik ayah laki-laki itu punya alasan yang lain ketika mahu melepaskan anak laki-lakinya yang berhubungan dengan saya saat ke Perancis. Satu sahaja perkataan encik ayah pada saya. yang saya simpan menjadi satu kebal dalam hati: "DIA LAKI-LAKI SANGAT BAIK. TAPI. TIDAK SESUAI BUAT ANDA" "CARI YANG LAIN. YANG BAIK JUGA. TAPI. YANG SESUAI BUAT ANDA" "bangun sembahyang malam. Hajatkan sesuatu. Sembuhkan sakit hati anda itu" Anak. Sampai-sampai. Saya tidak dapat menahan hati. Meminta encik ayah mencari air yang dibaca doa buat penawar hati saya yang kecewa oleh mana-mana alim dan ulama. Supaya tidaklah saya ingatkan dan mahukan dia lagi. Tapi encik ayah tidak mahu begitu. Saya terima sahaja. Encik ayah tidak mahu menimbulkan fitnah. Kelak orang akan bercakap-cakap anak si polan dan si polan sudah putus cinta dan bla..bla. Encik ayah mahukan kekebalan hati. Maka bangunlah saya sembahyang malam. Minta hati sakit menjadi sembuh. [menyakitkan] Titik. ............................................................ Anak. Cara hidup anda berbeza daripada saya. membicara soal cinta dengan orang tua kita satu perkara yang malu. Sayalah orang itu. tapi. Kali itu. saya sungguh tidak dapat menahan sedih. Meminta pendapat encik ayah dan puan emak. Sungguh membahagia kan. Kerana. Encik ayah dan puan emak Cuma orangtua kampung biasa dan sungguh tegas pula. Saya tidak tahu bagaimana datang kekuatan mahu menceritakan kesemuanya saat itu. .......................................................... Tidak lah saya mahu. Awalnya. Memang saya tidak mahu. Dia itu jauh dari saya. Johor sana. Saya di utara ini. Lepas itu. Saya memilih orangnya. Dia pula setiap malam isnin ada kelas violin pula. Saya sungguh tidak gemarkan laki-laki bermain.. bersambung.
Monday, November 29, 2010
ia cuma enam yang sejarah [bahagian i]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
sejarah menarik untuk d'baca, cikgu iman luahkan lagi hehe
Post a Comment