Saya sudah balik sekolah. Saya balik sekolah awal. Tidak ada kelas tambahan. Saya sudah batalkan. Saya rasa sangat tidak sehat dan batuk yang mencengkam dada. Rasa macam tidak seronok mahu bercakap dan mengajar. Sakit kepala berdenyut pulak. Itu perihal sakit. ....... Bosan ah. Saya sedang mengalami masa-masa lemah semangat tidak ada perasaan mahu bekerja molek. Sedang down sungguh. Ish tidak baik berasa sungguh down macam ini rupa. Serasa perlu semangat dari encik ayah pulak macam zaman belajar di universiti. Bila zaman belajar hati libang libu mahu belajar hendak tidak hendak. Menalipon saya pada encik ayah memberitahu mahu menghadai perperiksaan atau apakah. Encik ayah macam biasa. Memberi kata semangat dan sepotong doa bagus untuk mencerahkan hati dan pemahaman belajar. saya macam boleh bernafas bagus semula. Seronok lah hubungan antara ayah dan anak masa itu. Ada semangat yang oranglain tidak ada. ..... Haruslah saya menalipon. Menjadi anak-anak semula. Meminta nasihat dan jasa baik sekeping doa. Buat amalan dan semangat saya semula. Encik suami dan encik ayah duanya sama penting tapi peranan adalah tidak sama. ..... Bila sakit. Lagi lah harus menalipon. Mendengar suara encik ayah rasa itu adalah perlu. Serasa ubat doktor tidak kena. Mahu ubat dari orangtua juga.
Monday, July 4, 2011
Ubat dari orangtua
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment