...sekolah kehidupan..

Friday, July 15, 2011

dia memang menjengkelkan. Tahu?

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Selamat pagi jumaat. Jumaat mulia ini saya bersama ceramah nisfu shaaban yang berilmu. Ia memberi saya satu kemahuan juga mahu berubah membaiki kekurangan yang ada.
Baik lah. Titik.
.........
Ini cerita malam tadi. Cerita spoil mood dan perasaan saya secara banyak tidak terperi. Saya bersama encik suami pergi menonton teater sri mersing. Dan preview sri mersing ini turut di kunjungi oleh sultan johor. Itu bermakna ia sesuatu yang rasmi.
..........
Semalam memang spoil. Orang kerusi sebelah menyepoilkan perasaan saya lah. Saya rasa dia tidak minat teater ini. Jadi segala tindak tanduk dia macam orang gatal bontot kena miang buluh atau kena gigit semut. Tidak duduk diam dan mengganggu penonton lain.

Boleh saja saja dia angkat kaki letak atas kerusi depan dalam majlis. Sebab teater itu dalam stadium tertutup. Encik suami pergi pilih tempat duduk di bahagian paling atas di sudut paling tengah berhadapan pentas. Maka. Saya rasa itu sudah strategik. Nampak semua.

Tapi orang laki laki gemuk sebelah sangat menjengkelkan. Dia boleh pergi bercakap talipon kuat kuat tanda tidak faham majlis. Kaki di santaunya ke kepala kerusi hadapan yang kosong.
Sekejap dia beralih ke sana dan kesini.
Hati saya masa itu gatal tak sangga nak marah. Sungguh tidak semenggah suara kuat tidak menahan.

Ish. Memang spoil. Datang kawan dia entah dari mana. Menegur dan berborak idak hingat dia sedang di majlis apakah? Hati saya masa itu mahu saja suruh dia pergi jika dia tidak mahu tengok.

Dia gemuk okay? Bila dia gerak sana sini semua kerusi jadi bergerak sama. Dem!
Spoil. Spoil.

Bila dia beredar di separuh masa persembahan. Terus saya cakap ini. alhamdulillah! Hati masa itu tengok dia macam menyampah tidak menahan.

Bila orang dibawah saya pun mula menoleh ke atas melihat kearah dia sebab bergelak ketawa dengan kawan yang datang menegur. Kami serentak lihat dia. Reti pulak dia malu dan tergamam.

Orang macam ini tidaklah boleh dibawa ke majlis. Elok duduk di rumah saja berkawan dengan monyet pun baik juga. Ye dak?
Dengan menghunjur kaki ke kerusi hadapan memang tidak semenggah dan menjengkelkan.

Tidak tahu adab dan tidak reti berbahasa.

Dia memang jengkel tahu?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?