...sekolah kehidupan..

Sunday, July 3, 2011

teringin dan saya mahu

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Baru awal pagi ahad. Saya sedang melihat puan ibu mertua saya bersolat tahajjud. Saya uzur dan sedang menunggu beliau untuk tidur.
Saya melihat sesuatu dalam diri orangtua kita. Tentang hati dan ikhlas dengan Tuhan.

Saya selama dua puluh lapan tahun melihat doa encik ayah dan puan emak saya. Mereka pun sama. Sama dengan doa puan ibu mertua saya. Tidak ada lain berdoa dan bertahajjud untuk kesejahteraan hidup anak anak.
.....
Saya melihat sudah banyak. Tentang mustajabnya doa encik ayah dan puan emak. Saya sekarang melihat juga. Tentang mustajabnya doa puan ibu mertua. Sungguh Tuhan memberi perhatian banyak pada siapa yang ikhlas dan kaseh denganNya.

Saya menjadi teringin. Menjadi ibu ikhlas dan setuanya saya nanti diharap saya mendapat ganjaran dan perhatian. Dan doa saya untuk siapa siapa menjadi mustajab seperti doa mereka. 
......
Saya percaya pada kekuatan doa. Dan sudah banyak Tuhan memakbulkan saya. Serta saya masih melihat mustajabnya doa ibu ibu dan ayah kita untuk kita dan baik baik saja untuk kita.

Terima kaseh puan emak. Terima kaseh encik ayah. Terima kaseh puan ibu mertua.

........
Teringin sekali saya mahu berdoa dan menjadi ikhlas menghadap Tuhan seperti anda semua. Dan memiliki mustajab doa sepeeti anda semua juga.
.......

Jadikan saya seorang ibu. Dan saya mahukan mustajab itu. Kerana doa semua ibu tidak terhijab oleh sang pencipta.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?