...sekolah kehidupan..

Friday, July 29, 2011

Ramadhan dan syahid

Ahlan wasahlan ramadhan. Lagi dua tiga hari akan ramadhan. Seperti seronok dan ada banyak kenangan baru akan dibuat. Selamat berpuasa lagi. mengingati orang miskin yang berlapar dan memperbanyakkan ibadat.

Merebut lailatul qadar yang kita sendiri tidak tahu bilakah. Alangkah beruntung jika kita diberi izin dan dipilih Allah sebagai hamba yang menerima lailatul qadar. masyaAllah. Terasa sungguh bertuah jika boleh merasai nikmat lailatul qadar.

Tapi. siapalah kita. Atas izin Allah sahaja kita mampu kesemuanya.

.....

Entri pendek dan insaf.

Saya baru lepas melihat semula tragedi kebakaran disebuah sekolah pondok beberapa Kilometer dari rumah. Semasa saya baru kecik. Tahun 1989. Oh. Sudah lama. Bila dewasa baru terasa mahu lihat.

Masa saya sedang kecik dan cuma mendengar-dengar cerita orang dewasa. sekolah pondok itu yang melahirkan ramai ulama. 27 puteri syahid. Sekolah pondok yang ikhlas dan mudirnya adalah hamba Allah terpilih menerima lailatul qadar berturut. Anugerah Allah kepadanya.

Saya menjadi memanggil semula. Cerita waktu kecik saya mendengar orang dewasa bercerita. Apa yang dicerita oleh bapa saudara semuanya. Sebab dia juga tenaga pengajar disitu.

Memaksa ingatan kecil saya mengingat cerita lama. Tahun 1989. Darjah satu.

....

Titik. Ini entri sedih secara tiba-tiba.

Kisah ramadhan dan syahid.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?