hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Saya ada bahu gagah
yang saya doa pada Tuhan
supaya sentiasa ada dengan saya
hingga akhir nyawa
bahu gagah itu
tempat saya peluk dan manja
tempat saya menangis berjejeran air mata
jatuh kena bahu dan dada dia
tanda kadang saya letih dan penat kerja atau sedang bersedih berduka
dia sentiasa ada
saya melihat dia
tidur lena dan letih kerja juga
tapi dia tidak pernah menangis di hadapan saya
cuma mungkin dalam hati sahaja
bahu gagah dia selalu saja saya pinjam
buat bantal tidur menjadi lengan bagus menenangkan
melihat turun naik nafas dia
saya panjatkan doa pada Tuhan
supaya memanjangkan umur dia
mempermudahkan hidup dan menyempurnai dia
sebab dia adalah sebahagian dari saya
secara banyak
saya berasa beruntung berpukal banyak
memiliki seperti ini
serasa takut kehilangan
entah bila Tuhan mahu kembali
harta yang dipinjam
saya berdoa
supaya saya dahulu yang pergi
sebelum dia
sebab saya sentiasa memerlukan
bahu gagah
tempat tersemai kaseh
air mata banyak
dan tenang yang tiada cakap
untuk memberitahu definisi bahagia
yang menulis:
isteri anda

0 comments :
Post a Comment