Khamis yang baik. Kita saja yang tidak baik. Saya rasa saya sedang berlagha banyak. Sedang membazir waktu secara dasyat. Membiarkan latihan pelajar saya tidak bertanda secara bersetambun di sudut kiri dan kanan meja bila ada masa terluang. Saya rasa ini sudah kes parah. Kemudian. Membuat draf soalan peperiksaan satu bahagian. Dan dua bahagian lagi tidak terlaksana. Bukan kah ini sedang membazir waktu secara berdosa? Haish. Saya syak saya sedang penyakit lagha lagha. HaHa. Boleh tak saya pergi jumpa doktor minta ubat mahu ubat penyakit lagha-lagha buang masa banyak. tolong ubati segera. ...... Itu semua pasal kerja tidak siap. Balik rumah sekejap lagi akan saya berusaha bagi siap kertas soalan sambil berlawan dengan nafsu nak tengok tv cerita Marimar pulak. Cerita itu sudah mahu tamat. Itu lah dugaan berlawan dengan godaan. Hish. Titik. Tidak mahu lah saya macam ini saja. Berlagha banyak. Minta tolong dengan Tuhan. Jauh kan syaitan dari saya secara jauh.
Thursday, July 7, 2011
Lagha
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
jadi lah manusia sebagai manusia...
kita tak mampu jadi malaikat...
huhuhu berbelog nih jgn sampai lagho.... huhuhu
Post a Comment