...sekolah kehidupan..

Sunday, July 3, 2011

Sudah jadi zaman bercinta dulu-dulu

Sedang bosan dirumah. Jadi mari menulis sesuatu supaya bosan tidak menjadi hantu dalam tubuh badan. HUHU.

Orang yang bosan tidak tahu dah nak buat kerja apa ni ibarat macam kita laparkan sesuatu tapi pergi makan benda lain. Contohnya craving nak makan lambchop tapi sebab nak makan lambchop buatan sendiri tidak larat nak buat. Jadi pergi masak bihun sup dan makan jugak sebab lapar.

Makan dan kenyang juga. Tapi tak puas. Tekak mahu lambchop juga.

Macam itu lah bosan. Dok tunggu orang kesayangan pulang esok baru pulang. Bosan tidak ada teman tidak tahu mahu cakap macamana lagi. Maka buat lah kerja sendiri.

Buat kerja sendiri tapi hati tidak puas tunggu orang kesayangan.

Hihi. Intro macam tahi lembu lembik. Tidak cantik dan tidak kena.

......

Saya rasa saya tidak boleh lama-lama kena tinggal. Saya jadi tidak ada arah mahu buat apakah dirumah. Buat apa pun tidak kena. Anda macamana kah?

Encik suami kali ini pergi outstation tidak lah jauh di batu pahat sahaja. Tapi lima hari disana. Saya jadi sudah mati kutu.

Sebab saya sudah pulang dari kursus dan beliau masih belum habis kerja.

Sudah jadi macam zaman bercinta dulu-dulu. Mula bergayut di talipon encik suami dan puan isteri tanda teringat dan rindu rinduan. KAHKAHKAH.

Bercakap dan menulis begini bikin hati kena ketawa berdekah.

Terasa macam zaman saya masih mengajar di langkawi dan dia bekerja di johor bahru. Bukan kah jarak sangat jauh sampai nak berjumpa pun setahun dua kali?

Maka masa itu ERTI TALIPON dan internet sangat lah besar.

......

Berada di rumah puan ibu mertua buat sementara waktu tanda saya penakut nak duduk sorang di kondominium secara solo. Sudah lah tingkat empat belas tinggi melayup. Encik suami pesan suruh balik rumah puan ibu mertua tanda sudah tahu erti penakut isteri kesayangan. malah suka fikir macam-macam.

Sohih saya balik rumah puan ibu mertua kalau suruh atau tidak suruh. itu WAJIB. tidaklah ada sunat atau makruh.

SOHIH dan WAJIB saya balik rumah puan ibu mertua setiap kali dia bepergian. [ayat tak menahan. mana haku cekau perkataan bepergian ni hah] HiHi.

Tidak lah berkuasa kuda saya mahu menahan bulu roma tegak berdiri tanda tidak bersedia.

HAHA.

Duduk dengan puan ibu mertua memang seronok sebab bercerita kami tidak pernah berhenti. Menggodek gambar lama memang satu aktiviti bagus kami secara berduet. Lepak dalam bilik dua orang. menggodek gambar lama dan berketawa dan bercerita rahsia-rahsia.

Dialah puan ibu mertua saya yang cantik di zaman muda dan menjadi comel diwaktu tua.

Melihat gambar lama zaman kecik encik suamii sudah buat saya ketawa banyak. HAHAHHA. Dia comel oh. Mahu saya letak gambar disini nanti bikin parah dia malu. Jadi. Sebagai isteri taat dan kaseh saya simpan di mukabuku sahaja,.

KAHKAHKAH. [saya memberitahu dia sambil ketawa banyak sebab sudah tahu dia mesti malu]

........

Ish.

Esok encik suami pulang. Hati tidak sabar mahu berjumpa. Mengusik dan bercerita banyak dalam kepala. Semoga selamat sampai.

Sayang saya pada awak tersangat lah banyak macam banyak langit.

Cuba lah pandang mana saja awak berdiri kecuali didalam bangunan. Semuanya ada langit tidak ada penghujung. Macam itu lah banyak kaseh dan cinta saya.

Auwww.

HAHA.


p/s: siapa mahu muntah. Silalah muntah.

1 comments :

Rossnie said...

awwww..romantiknya..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?