...sekolah kehidupan..

Wednesday, July 27, 2011

Ini semua gurauan belaka.

Terasa lama tidak menulis. Sebab sedang ..ah. tidak mahu tules perkataan sebok disini secara banyak. itu alasan biasa di masa sebok tak menahan. Maka. jangan tulis pasal sebok kerja.

kita tulis lah yang gembira-gembira.

Titik.

......

Saya cerita pada pelajar saya tentang denda yang lucu pada siapa yang tidak mahu selesaikan kerja sekolah.

Sebab dengan hantar pada cikgu disiplin sudah common sangat dah. Habes kuat rotan dan disaman. Maka. tadi sambil mengajar dan memberi pelajaran. Saya suka berbincang dengan pelajar tentang denda yang tidak boleh tidak memang tak menahan.

Saja. Saya mahu buat ujikaji. Sambil-sambil mahu hilangkan mengantuk pelajar saya pada masa pembelajaran terakhir.

.....

Ada tiga. saya suruh pelajar saya pilih.

Satu.

Saya kata. Siapa yang tidak boleh jawab saya tanya soalan masa pengajaran [sebab dia main-main] kena denda: KEMBANGKAN HIDUNG DI HADAPAN SELAMA LIMA MINIT.

[depa punyalah gelak tak sangga sangga. Sambil cakap. Tak mahu. Malu lah cikgu]


Dua.

Saya kata. Siapa yang tidak buat kerja sekolah. tidak mahu hantar buku. Saya kata saya mahu denda dia: PAKAI CEKAK RAMBUT BALDU DAN BERBULU-BULU WARNA PINK SEPANJANG KELAS PENGAJARAN SAYA. saya akan pergi beli.

[depa lagi ketawa. Budak laki-laki pakat semua pegang kepala. Lepas itu depa cakap. Cikgu. Janganlah]


Tiga.

Saya kata. Siapa yang degil sangat masih nak berborak masa cikgu mengajar. [saya pantang betul] saya akan suruh dia: KENTUT LIMA KALI DI DEPAN. Saya kata nanti saya bawak mikrofon pada yang kentut perlahan.

[depa ketawa sampai berair mata. Depa kata. Cikgu. Tak mahu lah. semua ketawa tanda geli hati.]

.......

HAHHAHAHHAHAH. Saya pun tidak tahan. Ketawa sama-sama pelajar. Sebab saya membayangkan denda yang terakhir.


Ini semua gurauan. Mustahil boleh denda macam ini gaya. tidak senonoh. HAHHA.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?