...sekolah kehidupan..

Wednesday, July 20, 2011

Dia salah. DIA SENTAP. Saya? rasa bersalah.

Cerita mexico bertajuk "bella" suara kasar-kasar semua tidak kira laki-laki atau perempuan. Banyak mimic muka dan suka menjerit lah. saya tidak gemar.

....itu bukan tajuknya.

Saya mahu menulis sesuatu yang SERIUS. Tidak lah saya galakkan semua pembaca diam saya membacanya. Ia berkaitan saya sahaja. Ini hal serius saya yang pertama kali saya. orang yang tidak terima teguran.

Siapa mengantuk sila tidur. Saya tidak galakkan anda membaca banyak.

.....

Satu: Kerja bertangguh memang akan mengundang padah dan penat.

Saya macam ini saja. Jika anda buat kerja bertangguh. Memang anda akan sentiasa berasa berkejar dan rasa tidak sempat. Dan mungkin perlu berjaga malam jika sudah dekat dengan dateline. Ye dak?

Saya macam ini saja. Kalau memang penting saya akan pulun buat dulu. Agar orang tidak menunggu saya. kalau kerja itu berkaitan saya saja dan boleh dilengah-lengah. Saya mungkin akan lengah ikut kesesuaian masa saya. sebab tidak orang tunggu. Tidak bersangkut dengan siapa-siapa.

Jadi. Rancang kerja dengan baik dan tidak bertangguh adalah jawapan tepat tidak perlu buat kerja lebih-lebih masa sampai lebam bijik mata atau pendarahan otak. Ye dak?

Okay. ini bukan pasal memberi motivasi. Ini satu leteran ilmiah.

.....

Dua: terima teguran jangan sentap

Bila kita sedang salah. Kalau ditegur ketua, hati jangan sentap. Terima teguran. Jangan memberi kesusahan pada orang dengan sikap lewa anda.

Ish. Hati macam tergaru mahu menulis. Sebab tidak boleh di bendung banyak.

Saya jenis jika teguran saya sampai membuat orang sentap. Saya rasa bersalah. Walaupun teguran saya benar dan betul ikut prosedurnya.

INI TIDAK. DIA SALAH. DIA PULAK PERGI SENTAP.

Sebagai kawan, bila sama-sama kerja ada ketika kena cakap apa tugas yang perlu buat. Apa lagi satu jabatan. Ye dak?

Bila anda tegur dan minta hak anda.

Dia cakap ini: "cikgu lain tak minta pun. cikgu lain tak kisah pun tak ada soalan"

Okay. mari dengar jawapan saya:

"SAYA KISAH DENGAN SKEMA JAWAPAN DAN SOALAN" itu hak saya untuk fail panitia saya dan pengajaran saya"

Pada saya jangan tengok contoh tidak ambil kisah orang lain.

Dan.

Bila saya rasa macam itu satu teguran dan masih menganggap akwan. Dia sudah menepis tangan saya bila bertembung bilas aya cuba berbaik.

Orang macam ini bikin hati saya parah.

Ha kau? Saya ajukan pada guru kanan. Biar dia menilai.

....

Tiga: Jangan merungut kerja kita

Jika anda tidur jam tiga pagi. Siapa saja yang tidak pernah tidur jam tiga pagi. Jika anda stapler kertas sorang diri di musim peperiksaan. Siapa yang tidak pernah bersuasana begini. Ia perkara biasa.

Saya juga. Mungkin pengetua juga saat masih jadi cikgu-cikgu biasa.

Jika memberi alasan ada anak dan seorang diri menstapler kertas. Itu adalah perkara biasa. Saya sudah biasa juga. Boleh berjuta kali rasa macam sudah kebal dengan kerja stapler menstapler ini. coba di tanya pada cikgu lama-lama dari kita. sudah beruban juga menstapler kertas jua. Ye dak?

Dia memberi alasan itu pada saya. bila saya cakap macam perenggan diatas.

DIA LAGI SENTAP KUAT. Dia kata kerja dia tidak sempurna kerja saya pula.

Itu orang bagi alasan membuat kita rasa bersalah balik pulak? Lihat dia manipulasi keadaan supaya kita menyembah-nyembah rasa bersalah.

Macam teguran kita tidak kena pula.

Mungkin dia cikgu ganti ganti maka tidaklah dia reti sangat hal menstapler kertas yang memang kena buat secara sendiri itu.

......

Empat: Kenalah bergerak cepat

Bila saya jumpa puan guru kanan saya. dia cakap tugas saya sebagai ketua memang perlu itu. dan saya tidak lah bersalah. Patut saya perlu bertegas katanya.

Dia siapa di bawah anda? Saya diam sahaja.

Dan ini lah cabaran salah satunya bila kita di pandang lembut-lembut boleh jadi gulai. Kita tegur pun jadi sentap. Dem!

Bila puan guru kanan suruh saya highlight sebagai ketua. Saya mejadi segan. Kalau boleh saya suka menajdi ketua dan berkawan-kawan semuanya.

Tapi. bila ada orang sentap dan menepis tangan saya ia buat saya fikir adakah teguran saya salah pula?

Silapnya saya ini memang mahu lengkap seperti mana saya berikan pada orang. saya mahu orang itu memberi balasan yang sama juga. Saya tidak suka orang lembap dan terkecah-kecah dalam kerja. itu bikin sakit hati.

Bila bekerja bersangkut hal orang. kenalah bergerak cepat. Kelak orang bercakap banyak.

Dan jangan sentap jika ditegur.

......

Lima: oh saya terkilan.

Anda memberi alasan dengan emosi anda tidak stabil. Anda adalah guru yang mengganti. Jangan bersongel banyak sangat kelak tidak bagus. apalagi cikgu yang betul betul cikgu pun tidak boleh bersongel banyak dalam kerja. apalagi anda.

Ini mungkin satu penyataan paling tajam. Tapi ini lah yang saya dengar dari guru kanan saya. dia mengucapkan ini pada saya tentang gaya orang itu.

Dia menepis tangan saya bila saya menegur berbaik. sungguh saya terkilan. Adakah saya tidak boleh memberi teguran baik untuk bersama? Bila di tegur di cakap pulak kerja saya sempurna kerja dia tidak? Bila ditegur pulak di katanya saya tidak faham kesehatan dia. Itu bukan soal sehat atau tidak sehat. Bila saya meminta sesuatu yang mengikut prosedur di cakapnya saya bising? masyaAllah.

Molek kiranya diambil teguran untuk kesilapan itu dengan positif. Ye dak?

Maka. persahabatan pun masih molek.



0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?