...sekolah kehidupan..

Thursday, July 21, 2011

Dalam cerita huruf H

Terasa mahu menulis sesuatu.

Permulaan huruf dengan HURUF "H"

Halau dan Saman

Abes semua pelajar yang tidak membawa buku latihan dan modul pembelajaran saya halau duduk di luar. Ambik kerusi dan bawak buku teks masing-masing duduk di luar sebaris. Dua perempuan 4 laki-laki.

Penangan mood pagi-pagi memang swing bila tengok pelajar mula naik lemak tanda kena bertindak sesuatu.

Abes semua yang tidak bawak buku saya saman masukkan dalam e-disiplin. Biar mak bapak tahu anak tidak bawak buku kerja sekolah datang sekolah melenggang saja latihan kerja sekolah pun tidak siap dan tidak bawak pun.

Tengok intro pun sudah tidak syok banyak.

Tanda hati panas lihat kerja pelajar tidak berjalan molek.

......

Dan ini "H" juga.

Hajat orang minang

Hari ini khamis. Esok jumaat. Bila jumaat ia seronok. sebab cuti dan ahad boleh bercuti.

Tapi tidak juga. Sabutu ahad ada travel pula. Ke Selangor membawa hajat abang sulung encik suami mahu meminang gadis berketurunan minang. Manis dan berlesung pipit.

Maka. travel lah saya nanti ke sana.

Itu bikin letih di hari minggu.

Tapi. hubungan keluarga lebih utama. Mari lah kita raikan berita bagus dan berita baik.

InsyaAllah satu lagi masjid dalam keluarga encik suami akan terbina.

.......

sekian.

Dua cerita. Dunia saya yang berbeza.

Satu. Dunia seorang cikgu pada mood swing

Dua. Dunia seorang isteri dan ukhwah keluarga

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?