Selamat hari rabu. Terasa lama sungguh tidak menulis apa-apa. Saya sibuk masih boleh kawal. Sibuk dengan sukan sekolah. tapi. balik sekolah memang macam tiak berdaya bagus nak menulis. dan tidur saya memang awal tidak menahan. jam sembilan kadang-kadang sudah ghaib. Nak menulis. Lama saya simpan dalam kepala dan draft. Ah. Lebih baik menulis dalam kepala dulu daripada melihat dalam draf yang sudah terjadi tidak di publishkan. Terasa mahu menulis lama-lama dan panjang-panjang. ...... Hari-hari yang seronok dan bahagia. Terasa bila pula masa menderita. Sebenarnya dalam menderita jika hati menerima dengan bagus dan redha ia bertukar menjadi nikmat dan bahagia juga. Ye dak? itu lah cabaran yang mematangkan fikiran. ..... Semasa mengajar tadi. Saya teringat zaman sekolah. zaman riang ria yang tidak menahan. Semasa itu boleh berketawa kuat dan bergelak ketawa tidak payah berperempuan sangat. suka ketawa dan bergila-gila juga otak dengan kawan-kawan. Sekarang bila dewasa menjadi sopan sendiri dan tidak berketawa banyak hu ha hu ha. ..... Zaman 1999. Sudah besar. Semasa sekolah. saya bukanlah budak pendiam sangat. Saya ceria dan riang ria juga. Kecoh dan seronok bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Masa disekolah. Kerusi kami semuanya kayu. Tidak ada kerusi plastik. Zaman itu meja pun kayu. Kerusi pun kayu. Semua budak berebut kerusi cantik dan tegap. Tidak mahu kerusi yang longgar skru. Jadi. Kalau kerusi longgar memang semua tidak hendak. Nak nak yang varnish masih kuning cantik dan berciri kayu yang seronok nak di duduk. Ahai. Memilih hoh. ...... Sebab tidak mahu pelajar lain ambil kerusi kami. [saya. dan kawan dan kawan] tiga orang. semuanya jadi cikgu sekarang. seorang di sabah. Saya do johor bahru. seorang itu mungkin saya rasa cikgu sandaran di Kedah. Dia yang punya akal. Buat kesimpulan. Dia menulis ini di kerusi. "ini kerusi ayu". "ini kerusi ina". "ini kerusi liza" Tempat kami sebelah sebelah. Melekat. Konon macam tidak mahu orang ambil kerusi yang sudah bernama itu. memang kebarangkalian untuk kerusi berubah kelas sangat tinggi. Pelajar petang suka ubah-ubah sampai ke kelas bawah-bawah. Hish. Hilang juga. Lagi. Kawan saya lukis gambar tahi di kerusi saya. tanda tidak mahu bagi siapa-siapa pun duduk di kerusi itu. HAHHAHA. Dia lukis tahi duduk belingkar atas kerusi saya. dan menulis; "ini tahi. Jangan duduk" Saya pun sama. Sebab dia kenakan saya dengan tahi itu. Saya pergi balas dendam lukis tahi di kerusi dia jugak lah. tanda tidak mahu orang duduk disitu. Hish! Tidak senonoh. Masa awal. Memang saya tidak tahu. Masa saya mahu duduk di kerusi. Ayu menjerit: "jangan duduk. Hang duduk atas taik!" Secepat kilat saya terbangun sebab ingatkan memang ada tahi cicak ke apakah. Bengong. Rupanya dia lukis tahi atas kerusi saya. dan memang dia nak ketawa lebih. Hahahha. Ketawa saja kerja. Dan. Kerusi itu. kerusi saya. kerusi dia. Sampai akhir tahun tidak ada orang ambil lagi. Penangan lukisan tahik. HAHA. Kenangan. Ia kenangan yang tidak semenggah. Bila ingat mahu ketawa. Moral: jangan conteng harta benda awam apalagi harta benda sekolah. itu vandalisme.
Wednesday, July 13, 2011
Penangan lukisan tahik
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
hihi...baca entry ni mengingatkan sy pd zaman sekolah juga...kerusi kayu..memang sakit hati kalu dpt kerusi yg tdk tegap!! yg bestnya sempat lagi curi tukar kerusi ngan kelas sebelah..
Post a Comment