...sekolah kehidupan..

Monday, July 18, 2011

Tahun depan atau tahun depan lagi satu atau tahun di hadapan lagi

Sudah sehari terima kitab amalan. semalam sudah nisfu syaaban. Tuhan salin kitab amalan pada setiap hambaNYA. Saya menjadi takut. Sebab amalan saya sedikit dan tidak tahu diterima Tuhan atau tidak.

Ia buat saya insaf secara banyak dan meminta Tuhan jangan membalik balik hati saya setelah saya mahu berubah kearah baik.

Titik. Intro ini buat saya sedih.

......

Saya balik kampung halaman encik ayah dan puan emak raya ini. ini suatu yang seronok. saya buat pengumuman awal untuk menyatakan betapa seronok dan beronok-ronoknya dapat beraya di rumah encik ayah dan puan emak.

Saya sedang di perantauan. Ewah. HAHHAHA.

Dan sudah saya order kueh raya tiga empat balang. HAHHAHA.

Tanda saya rajin makan kueh dan tanda saya tidak reti dan tidak pandai membikin sebarang biskut raya. Okay. pengakuan ikhlas saya yang entah ke berapa ratus kali.

......

Balik beraya kali ini tidak sama dengan balik beraya zaman belajar di university. Dulu. Cuti hari raya memang cuti sebagai pelajar. Sekarang saya balik membawa encik suami. Ahai. Syahdu.

Tahun depan pun balik kampung saya.

Tahun depan satu lagi pun kampung hamalan saya.

Dan tahun lagi depan depan pun beraya di kampung saya. HAHHAHA.

Seronok.

HIHI.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sesungguh kita ini sentiasa dalam keadaan berdosa... maka byk le kita bertaubat dan memohon kepada ALLAH.....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?