Malam ini nisfu syaaban. Sependek-pendek entri saya. Saya mengaji bersama puan ibu mertua. Dia seperti pengganti encik ayah dan puan emak saya. dulu. Masa zaman belajar. encik ayah dan puan emak akan baca yassin pada malam nisfu syaaban bersama anak-anak. Masa itu saya sedang bercuti semester. Ada peluang bernisfu syaaban bersama encik ayah dan puan emak dan adik beradik lain. Malam ini. lepas maghrib. Saya dan puan ibu mertua saja bertadarus yassin bersama. Ia seronok. Mata tua puan ibu mertua kadangkala minta perhatian saya mengajarinya tentang hukum tajwid dan sebutan makhraj huruf. Terasa sangat bahagia. Berkaseh sayang dengan puan ibu mertua pada malam ini. Dia pengganti encik ayah pada nisfu syaaban ini. ..... Sudah nisfu syaaban. Lagi dua minggu mahu ramadhan. Terasa seronok.
Saturday, July 16, 2011
Kisah mengaji dan kaseh sayang nisfu syaaban
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment