...sekolah kehidupan..

Tuesday, July 5, 2011

Soq.

Salamun alaik. Hari selasa yang gembira. Bekerja dengan perasaan bagus dan penuh cinta. Ewah.

Semalam sudah saya pergi buat pemeriksaan xray dan ujian darah. Semuanya telah okay. Cuma ada sedikit saja batuk jahat belum mahu habis sembuh. InsyaAllah akan baik nanti.

......

Sudah Julai. Gedebuk gedebak sudah Julai. Ish. Cepat masa berlalu.

Syaaban kemudian ramadhan. Seronok ah. Sudah mahu ramadhan dan berpuasa. Bulan puasa bersama suami saya pada tahun ini. Puasa pertama. Cemanalah eh. Saya bangun sediakan sahur. Bab masak untuk berbuka tidak lah saya kesah sebab memasak dalam keadaan siang hari. Ye dak?

Mari ingat zaman muda-mudi bersahur di zaman bujang.

......

Bulan puasa selalunya akhir-akhir ramadhan baru boleh balik rumah berpuasa dirumah encik ayah. waktu itu di university. Tunggu cuti baru boleh balik.

Bab sahur.

Bab nak bangun soq. Memang penyegan pahit.

Saya memang baloq liat nak bangun. Saya tidak lah tahu kenapakah ada perkataan "baloq" kemudian "liat" di situ oleh orang utara untuk menyatakan betapa payahnya mahu berbuat sesuatu.

What is baloq mean? Baloq is sejenis kueh yang ada inti kelapa..ahahaha. saya tipu.. ish. Tidak lah tahu memberi maksud apakah.

What is liat mean? Liat mungkin ah sesuatu yang liat semacam macam lepat liat ye dak? macam kita tarik cwinggam tidak mahu putus. Macam itu lah gamaknya.

Tapi. sedap juga bila dua perkataan ini digandingkan bersama untuk menggambarkan betapa malasnya mahu berbuat sesuatu.

......

Puan emak dan encik ayah masa sahur musti akan kejutkan anak-anak bangun. Kalau pun tidak mahu bersahur minum air pun jadilah. Masa itu lah. bila sudah belajar jauh-jauh. Masa sahur memang liat mahu bangun dok tidur sampai subuh. Macam sayang pulak nak tinggal tilam dan bantal.

Masa kecik-kecik. Bila tidak bangun sahur. Hari sudah siang tengok makanan mulalah dok rasa rugi. Ish. Awat lah hai haku tak bangun sahur tadi. Dah lah puan emak masak sedap. Masa itu rasa rugi macam orang looser gila. HAHA.

......

Sekarang sudah jadi puan isteri. Mahu tidak mahu kena lah bangun juga ye dak? menyediakan sahur ala kadar. Masa sahur bukan ada nafsu banyak nak melantak macam masa berbuka atau masa makan tengahari masa bulan tak puasa.

Masa itu mood makan belum ada. Yang ada mengantuk dan masih pagi. Makan pun kena lah sesuatu yang simple dan pecah selera. Ye dak?

Ish. Kena hari haku malas bangun sohih tak bersahur lah encik suami. Minum air masak saja. KAHAKHKAH. Kesian pulak cenggitu gaya.

......

Bila cerita pasal puasa. Mahu lah saya bertarawih. Seronok bertarawaih kalau tok imam di hadapan baca surah pendek-pendek. Sekejap sangat sudah habis solat sunat tarawih ye dak? tidak terasa penat.

Macam itu hati seronok.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?