...sekolah kehidupan..

Saturday, July 2, 2011

Rindu banyak. durian. Dan. Berbuat sesuatu

Rindu banyak.

Antara nikmat berkahwin adalah bila rindu pada encik suami ia bertukar menjadi pahala. Tidak menjadi dosa dan tidak ada dorongan syaithon. Hihih.

Perasaan rindu pada encik suami atau pada puan isteri adalah pahala. Ganjarannya pahala.

Masa bercinta sohih berdosa.

Jadi sila berkahwin cepat kepada pasangan bercinta diluar sana.

HAHA.

.....

Intro tidak kena tajuk.

[ sebab cinta hati saya berkursus lima hari diluar. Saya balik dari kursus tiga hari di Melaka. Beliau belum habis kursus. Wajar rindu menjadi terlalu banyak. HAHA. Banyak nak bercerita dan berketawa]

.......

Durian.

Saya makan durian lapan ulas. Pakcik encik suami hantar.

Saya batuk dan demam.

Wajar makan durian suruh dia bergusti dalam perut. Siapa suruh batuk dan demam tidak mahu baik-baik.

Maka. Bila makan ubat tidak mahu lega. Saya berhenti makan ubat. Saya makan durian pula. Tanda dunia sudah terbalik.

Bila makan ubat tidak mahu sembuh. Selesema saja dan bersin kelepang kelepung.

Dari minum air masak suam-suam tanda tidak mahu kan ais boleh pergi minum ais cendol pulut. Sejuk-sejuk dan santan. Baru kena mungkin.

Tak larat menahan batuk malam-malam sakit dada.

Itu lah. mari cuba kaedah berlawan pula.

HAHA. Cara saya lah. miung.

......

Berbuat sesuatu.

Esok ahad. Kemudian isnin. Isnin sekolah. julai. Bulan sibuk saya.

Julai. Merangka program kemerdekaan pulak.

Maklum lah. depa ni pergi lantik haku jadi ketua panitia sejarah.

Jadi kenalah berbuat sesuatu. Takkan nak dok diam sahaja. Itu tidak kena cara. Harus belajar dari orang lama tentang ilmu.

Walaupun tidak reti. Kena reti-reti kan juga. Belajar lah sikit-sikit. Ye dak?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?