...sekolah kehidupan..

Tuesday, May 3, 2011

Ini bukan rasis

Hai. Bulan Mei sudah. Sekejap sangat masa sekarang. ish. Pejam celik pejam celik. Macam-macam berlaku. Dan sudah kita buat untuk nak masuk setengah tahun dah agak-agak.

Hurmmmmmmm... [mengeluh panjang cenggini sangat tidak bagus baik dari sudut agama atau sudut 360darjah untuk emosi] kita kena cool sahaja. Tanda redha dengan apa yang sudah berlaku.

Bersyukur lah dengan apa yang berlaku. Ada hikmahnya kemudian. Ye dak?

.....................

Semalam. Ah tidak. Semalam-semalam yang dulu. Hari Jumaat.

Cucu cicit penjajah kita iaitu William dan Kate bernikah. Habis semua tivi yang ada di dunia ini menayang kisahnya. Saya yang di Johor Bahru ini buka channel Singapore ada cerita dia. Buka channel Indonesia ada cerita dia. Dan tidak kurang ntv 7 di Malaysia pun tayang dia bernikah.

Cucu cicit Queen Elezibeth kahwin. Maka satu dunia tengok. Saya tengok sekejap saja sebab kena pergi ikut encik suami ke hari keluarga.

Saya bukan nak tengok dia. Saya nak tengok istana nenek moyang dia. Dan saya nak tengok keadaan istana itu yang besar.

Dalam kepala otak saya berfikir banyak. BERAPA BANYAK "harta" tanah melayu yang depa ambik?

Tanah melayu kita yang di gelar semenanjung emas. Panggil survanabumi [bumi emas oleh pedagang india] dan orang yunani panggil tanah melayu kita sebagai Golden Chersones

Maknanya kita sungguh kaya tahu? Kaya milik kita itu satu ketika dulu yang dikaut balik ke England masa zaman British jajah kita?

Saya tidak heran melihat gahnya istana dia ala Britis itu.

Itu duit negara saya tahu? Dia kaup duit dan bahan mentah segala bijih besi dan emas semua hasil perut bumi tanah melayu zaman dia jajah ke negara dia. Masa itu depa sedang revolusi perindustrian.

Saya tengok istananya besar. Sudah berkurun. Maka. saya tidak hairan. Itu duit negara saya yang depa kaup dan culik rakus.

Ceh! Kenapa mesti seronok cucu cicit penjajah kita kahwin.

Sudah lah kaup ekonomi kita di di bawanya balik ke sana. Di pisahkan pula kita dengan dasar ekonomi british. Orang melayu kerja kampung dan petani dan tidak dimajukan pulak. Orang cina dibawanya masuk dan melombong sakan menjadi Bandar. Dan India di latu nya kerja ladang getah.

Walaupun sudah merdeka dan kita sudah maju banyak. saya masih fikir. Sebab tangan dialah negara kita ekonomi sekarang ada bekas kesan pembahagian mengikut kaum dulu-dulu.

Buka saya rasis. Tapi. saya melihat negara dia macam melihat duit kita. negara kita yang dulunya kaya raya. Dia datang. Dia ambil. Dia bawak balik. Bangunkan negara dia guna duit kita.

1 comments :

Yuyun said...

huh..ye la cikgu... baru sy perasan..itu semua 'harta' kita satu masa dulu...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?