...sekolah kehidupan..

Saturday, May 7, 2011

Jangan anda kalut

Selamat hari untuk emak-emak. Kaum ibu di dunia yang sungguh baik hati tiada tanding di dunia akhirat.

Sebenarnya menghargai ibu atau ayah adalah hari-hari kena buat. Bukan setakat hari ini saja. Ye dak?

Okay lah. titik.

......................

Saya sekolah sabtu ini. Sekolah ganti untuk cuti lama hari Deepavali nanti. Maklumlah sekolah saya ada tiga kaum. Maka. semuanya biarlah adil. Sekolah ganti pun sekolah ganti lah. Saya turut perintah.

................

Hai semua.

Saya rimas dengan semua pertanyaan orang. Cukup rimas dan tidak mahu jawab banyak. Macam nak suruh dia tanya saja pada TUHAN. Jangan tanya pada saya sebab semua ini kerja TUHAN.

Tuhan nak bagi. Saya ambik dan terima. Tuhan masih belum bagi. Saya pohon dan berusaha saja. Mungkin masa ini Tuhan tahu belum baik untuk Tuhan beri saya rezeki. Mungkin akan datang sebab sekarang DIA pun lagi MAHA tahu saya sedang sebok sahaja tidak bersedia dengan baru pindah rumah dan segala macam belum stabil sepenuhnya.

Mungkin TUHAN tunggu masa saya betul lapang dan bersedia. Saya pun tidak merancang atau apakah. Emosi masa itu mungkin cool dan tidak lah serabut pasal kerja dan pindah rumah macam sekarang.

Bila anda sedang berserabut dengan kerja banyak dan baru pindah dengan segala macam nak kena ketchup dengan persekitaran kerja di tempat baru lepas itu kena bina hubungan baik dengan organisasi dan semua kakitangan kerja, itu adalah sesuatu yang baru yang anda nak kena buat segera, lepas itu anda pulak baru berpindah rumah dengan segala peralatan nak kena buat dan penuhi rumah. Maka anda menjadi kalut.

[ayat kat atas itu tidak ada titik Cuma ada tanda koma tanda sila baca satu nafas. Ini sudah bagi makna anda kalut dengan macam-macam kerja]

Saat anda kalut dan sebok TUHAN itu sungguh tahu kesanggupan dan beban anda. Mungkin saat ini rezeki itu belum kena dan sesuai. Jadi DIA tidak bagi sekarang.

Siapa yang tidak mahu rezeki dan bukannya saya sudah berkahwin sejuta tahun sudah yang orang dok kalut macam-macam. Kami baru bernikah dan masih punya ruang banyak. Jangan lah banyak bertanya soalan yang sama hingga menjadi meluat di hati saya lah!

Ada rezeki saya terima dengan hati terbuka dan akan dikongsikan dengan semua. Haku bukan tuhan yang boleh tahu ada atau tidak ada rezeki untuk saya sekarang.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?