Hai selamat senja. Saya menaip entri waktu senja begini sementara menunggu nasik turun betul-betul masuk perut. Baru sudah makan malam jam 6.30 petang tadi. Itulah keroje sang isteri. Memasak. Memasak. Memasak. Dan menunggu encik suami pulang kerja. dan makan secara berduet pula. Kadang-kadang sampai buntu dah dok fikir dari sedang mengajar di sekolah nak masak menu apakah untuk makan malam ini? Dulu. Asyik dengar cikgu-cikgu senior dok tanya suruh bagi idea mahu masak apakah untuk encik suami mereka dan anak-anak. Sungguh bertahun memasak sampai sudah buntu mahu sediakan menu apakah nak bagi encik suami dan anak-anak pulun makan sampai jilat jari-jari semua. Itu zaman saya bujang. Sekarang sudah kahwen. Dan saya mula rasa penangan itu. phew! Kadang-kadang asyik buka google tanya menu apa yang menarik nak di masak. Mencabar jugak lah. HaHa. Inilah kesah emak-emak. ......... Tengoklah puan emak kita. sampai ke tua memasak tidak jemu-jemu. Kita dari kecik sampai ke besar-besar gajah ini pun kadang-kadang nak mak masak lagi bila balik ke kampung. Dah sah-sah nak puan emak masakkan sesuatu yang sodap dan memberi nostalgia. Ye dak? Itu lah resepi emak-emak. Babai.
Wednesday, May 25, 2011
Kesah emak dan masak.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

3 comments :
rndunya mak ceq masak.. huwaaaaa
tiap kali balik kg.. mak pakcik selalu tanya... "nak makan apa?.. mak blh masak.... "...
dalam hati.. nak itu. nak ini.. MAKLONG le mak yang masak...
tapi bila dikenang... dari kecik nyusahkan mak... tak kan le dah besar tua bangka nih pun nak susahkan mak lagi..... lastly jawapan yg selamat.... ".. masak je apa pun ...saya makan aje.. "huhuhuuh..
pokcik n nub: jom balik kg...haha...merasa mskn emak..
Post a Comment