Hari ini setelah menyemak jawapan pelajar dalam kertas jawapan peperiksaan. Mood terus jadi swing-swing. Memang moody. Tidak tahu lah mahu rasa apa. Baru tanda bahagian struktur. Belum tanda bahagian esei. Bahagian objektif pun belum. Rasa mahu meletup tanda sudah tidak tahan melihat cara jawab macam tidak pernah belajar dan ulangkaji. Menunjukkan sikap malas secara terang dan nyata. Rasa sedikit kecewa di dalam hati saya. Terasa sia-sia membuat kelas tambahan dan memberi perhatian kepada peperiksaan ini dengan mereka. Kecewa. ....................... Baik lah. ini semua bikin hati panas dan memang secara percuma kena ayat pedas. Saya bagi kepada penjual buku tidak semenggah yang merayau dalam bilik guru. Hangin. Memang naik hangin. Ada masa ketika kita mahu bersendirian okay? dia datang pada saya dan mengucapkan ini: "cikgu tidak suka baca kitab?" "suka, tapi sekarang saya sedang sibuk." [memang tak menahan mood pagi ini sampai sekarang. saya sedang buat kerja mengupload bahan ke web pendidikan saya dan menanda kertas juga] "saya pun sibuk juga" [tengok cara dia jawab? Bila saya kata saya sibuk, dia pergi balas dia sibuk juga bawak buku nak jual. Dia tak tahu ini bikin hangin bertambah kuat] "saya bawak beberapa buah kitab" "saya sedang sibuk , saya tidak mahu beli kitab dan mood saya juga kurang baik" "cikgu tidak sehat kah?" [tanya lagi. Tanya lagi. Bilik guru saya memang menyampah bila juru jual masuk beramai-ramai. Itu tidak kira dengan orang bank lagi. Dok melahu kat meja-meja kita suruh buat pinjaman peribadi. Dem!] "boleh awak pergi?" "apa cikgu?" "better awak pergi sebab mood saya sedang tidak bagus" Tamat. p/s: saja pilih tulisan 'chiller" warna merah tanda memang sungguh tidak ada mood yang bagus. .................. Rasa berdosa pulak cakap macam ini rupa. Tapi dia itu tidak berdisiplin. Dengan tidak memberi salam terus menyoal saya. kemudian gaya pakai dan gaya rambut tidak kena dengan barang yang dijual. Rambut pacak-pacak serabut, baju kemeja ketat engkau bawak kitab nabi-nabi dan qur'an datang berniaga di bilik guru. Memang ada pasal nak kena hangin.
Wednesday, May 18, 2011
Hangin.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

3 comments :
biasa la tu.. sesekali bila stress tu.... seme mende tak kene....
byk kan minum air suam yee... kurang kan angin dalam badan tu....
terima kaseh pokcik...glup..glup..glup..sy sudah mnum air suam..ahah
(hanya mampu tersenyum...)
Post a Comment