intro tidak kena tajuk.
acara hari guru hari ini. Ha kan haku sudah cakap haku masuk acara boling kelapa. Satu bijik pin tidak dapat saya jatuhkan sebab bila di balingnya buah kelapa itu ia bergolek entah kemana hala sebab kelapa mana ada yang bulat ye dak? ia tidak bergerak secara lurus.
Dan ia bikin ketawa banyak oleh pelajar bila tengok cikgu dia baling kelapa habis bergolek pi kemana hala.
Sekeping gambar tanda masuk acara aneh di hari guru.
boling kelapa you!
Dan hadiah hari guru yang begini-begini. Anak didik mahu memberi walau kita tidak meminta.
................
Mari kita berdoa.
Petang ini terasa mahu menulis tentang kesehatan dan rezeki sahaja.
.............
Tuhan.
Memang Tuhan maha tahu segala dan semuanya
Mana yang baik dan tidak baik buat kita
Tuhan pun sudah memberi peringatan bagus-bagus
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu"
dan
"Boleh jadi kamu sukakepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu"
dan
"ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya" Al-Baqarah: ayat 216
..........
Tuhan,
Sungguh pun itu
Saya ini tetap lah memohon apa yang terbaik dan mahukan
Dan Anda jualah yang menentukan
Dan Anda jualah yang membuat keputusan dan memberi rezeki
Pada siapa-siapa yang Anda mahukan
...........
Cuma saya reti memohon
Beri lah kesehatan dan rezeki yang sempurna
Untuk saya melengkapi hidup dengan sempurna juga
..........
Oh Tuhan saya
Saya cuma reti ini
Mengadu anda dan meminta anda mendengarnya
Saya sangat memerlukan ia.
Amin.
p/s: terasa sungguh tidak tahu mengatakan apakah. Melihat rakan lama yang sedang sakit. Dan melihat rakan lama juga. Yang sedang sakit juga lagi. Dan melihat rakan lama juga. Menjadi sempurna dan baik-baik saja. Bersyukur semuanya. Setiap orang ada lebih dan kurangnya. Tidak lah semua sempurna dan bagus-bagus.

6 comments :
selamat hari guru cikgu!!
cikgu...sob..sob.. Selamat Hari Guru...sob..sob...ngeee~
slmt hari guru imanshah dan yuyun..terima kasih..
cik egu ghoper nyer. selamat menyambut hari guru cikgu iman :)
selamat hari guru!!!.. belated la plak.... huhuhuhuhu
terima kaseh wachak dan pokcik..=)
Post a Comment