...sekolah kehidupan..

Friday, May 20, 2011

Bila?

Anda pernah berharap sesuatu? Tapi gagal jugak untuk anda miliki. Dengan kuasa Tuhan anda belum perolehinya sungguhpun anda sudah berusaha.

ini macam ujian. ujian besar untuk anda.

Maka. saya lah itu. tergolong dalam kategori ini jugak. Tapi macamana pun kena usaha lagi. Tidak lah boleh berhenti.

Sedikit sebanyak dalam hati rasa kecewa juga kan? Macam itu lah hidup. Mana boleh lari dari semua ni. Semua orang macam kita-kita tak kan semuanya impian dapat dipenuhi.

...............

Intro macam kat atas tu tanda hati rasa kecewa. Memang lah. tapi saya mana ada kuasa nak lebih-lebih tanding Tuhan. Saya pun DIA yang ciptakan. Maka DIA lebih lah TAHU tentang saya dan apa jalan yang sudah dia atur untuk saya.

..............

Saya mahu menangis. Dalam hati sudah lama menangis. Dan sekarang sudah menderu. Menaip entri sambil mata basah-basah.

BILA? tuhan saja yang tahu.

Sampai satu masa

Saya pun tidak memikirkan lagi. dan masa itu.

Dan ini mungkin kifarah atas saya untuk semua kesilapan.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?