...sekolah kehidupan..

Sunday, May 15, 2011

Sukaneka aneh dan cikgu kita

Esok hari guru. Hari yang untuk cikgu-cikgu kena main sukaneka aneh dan yang pelik-pelik macam boling kelapa, kayuh basikal paling lambat, makan buah epal yang kena ikat dan gantung dengan tali, cikgu kena menyanyi nyanyi, baling belon yang penuh air kepada rakan setugas tanpa pecah, dan main bola jaring dengan pelajar.

Sukaneka macam-macam lah tanda rileks dan tidak stress kerja hari sehari itu.

dan sajalah. aktiviti menceriakan cikgu-cikgu dan pelajar masa ini lah menonton aksi guru.

Pagi- pagi yang wajib adalah Perhimpunan rasmi dan nyanyi lagu guru Malaysia, persembahan pelajar untuk cikgu, masa ini lah macam-macam acara yang cikgu kena buat dan sertai.

Satu hari itu raikan cikgu. Macam itu lah. Bergambar semua tanda ada sambutan hari itu.

Dan pelajar pun mulalah berjalan merata menitipkan kad hari guru di atas meja dan menghadiakan hadiah untuk cikgu-cikgu yang depa sayang. Biasalah cikgu bukan harap hadiah mahal. Tidak bagi hadiah pun tidak apa. Janji belajar rajin dan bersungguh.

Yang cikgu-cikgu sungguh mahu adalah kejayaan. Sungguhpun nanti lepas depa masuk universiti dan kerja baik-baik tidak ingat cikgu pun tidak apa. Itu adalah lumrah.

........

Siapa cikgu kita?

Kecik-kecik satu

Encik ayah dan puan emak jadi cikgu kita. semua dia ajar. Dari bab akademik sampai bab hidup. Paling asas. Masa kecik encik ayah dan puan emak. Guru al Quran saya yang hebat. Umur kecik-kecik sebelum pergi tadika. Sudah khatam quran. Encik ayah dan puan emak hati bersih mendidik kita.

Dan anak orang lain juga encik ayah dan puan emak tolong ajar jugak ilmu quran ini.

Saya dan adik beradik tidak lah susah payah dihantar pada siapa-siapa untuk mengaji.

Masa kecik-kecik macam ini. encik ayah dan puan emak kadang-kadang boleh ajar ABC juga. Boleh ajar kira juga. Boleh ajar tentang hidup sungguh banyak. tentang adab dan akhlak bagus.

Yang sampai sekarang kita-kita sudah besar. Asas ini lah yang kita bawak.

Encik ayah dan puan emak siapa-siapa pun adalah cikgu sepanjang hayat kita.

.................

Kecik-kecik dua

Saya sekolah tadika islam. Ustazah Salmah mengajar saya semuanya asas. Umur enam tahun encik ayah hantar mengaji disini. Tadika islam. Ustazah salmah baik. Ajar macam-macam doa. Doa makan. Doa sudah makan. Doa masuk tandas keluar tandas. Doa terangkan hati belajar. Nasyid lah itu lah ini lah. belajar bahasa arab lah. Membaca lah.

Masa kecik kecik kemetot itu hati sungguh terang belajar. ustazah ajar apa sekali sambar saja ingat sampai ke tua. Mudahnya hati menerima pelajaran peringkat anak-anak tadika gaya pakai tudung macam cerita indon Nabila.

Seronok. sampai saya sudah usia dua puluh lapan tahun pun dia masih mengajar. Anak saudara saya pulak jadi anak muridnya. Sudah bergenerasi.

...............

Kecik-kecik tiga

Masuk darjah satu. Masa ini sudah ada kerja sekolah. wah. Belajar ABC dan mengira secara radikal. Cikgu kelas masa itu cikgu Baharuddin [sir baharuddin]. Wah. Dia garang juga. Maklum lah masa darjah satu ada rakan kelas yang asyik menangis saja dalam kelas bila mak dia tidak mahu tunggu dia belajar sampai waktu balik.

Gila lah. tak kerja lah mak pak kalau asyik hari-hari kena tunggu anak di sekolah.

Darjah dua sampai adrjah enam. Zaman-zaman hingus belajar sampai masuk sekolah menengah. Asasnya adalah cikgu-cikgu kita zaman sekolah rendah. Ajar kita samapai reti tulis dan baca dengan baik.

Sampai ada kawan saya darjah dua sudah reti tulis surat cinta dekat pelajar darjah enam. Bukankah itu tandanya berkesan sangat cikgu ajar menulis dan baca. HAHA. Gilos.

.............

Zaman menengah

Zaman tengah besar. Tapi okay lah. tidak lah tercicir masuk kelas pemulihan atau apakah. Duduk kelas pun okay-okay lah. Mengaji pandai-pandai berkat doa dan usaha cikgu memberi kefahaman kepada kita dalam pelajaran Masuk universiti jugak. Semua cikgu saya masih ingat nama dan kenangan ini sungguh baik dan kemas.

Tidak lah boleh bongkak bila berjaya pergi buat ucapan macam ini pulak. Gaya budak sekarang.

"Kejayaan saya hari ini adalah daripada usaha dan kerajinan saya. Belajar di pusat tuisyen XYZ. Dan doa ibu bapa. Saya makan kismis dan kurma. Lepas itu saya jugak kuat makan badam dan susu. Ia sungguh berkesan. Study dua jam satu hari. Dan fokus semasa belajar. Terima kasih semua"

Ha kau. Lepas itu lakulah semua kurma dikedai dan badam semua.

Tidak lah disebutnya hasil usaha dan doa cikgfu-cikgu disekolah ini. tidak lah pelajar tahu setiap hari dan disetiap derap langkah cikgu menuju ke kelas lazimnya di dalam hati cikgu tercalit sepotong doa supaya terang hati pelajarnya menerima ilmu hari itu.

.........

Zaman sekolah menengah samseng dan gaya macam lain pulak. Zaman tengah membesar cenggini lagi hebat cabaran cikgu. Budak sekarang setakat bakat kereta cikgu apa dia kesah sangat ye dak?

Setakat nak pancitkan tayar itu macam mudah sangat. Habis kuat bakar dewan sekolah. dan boleh juga bunuh rakan sekolah. dan ugut bunuh cikgu dan boleh panggil cikgu dengan panggilan yang sungguh keji.

Dulu ada? Tak ADA. Memang tak ada.

Kalau dulu. Kita salah dan dirotan. Memang tidak lah akan berani balik mengadu-ngadu dengan mak pak. Sebab kalau kita mengadu mungkin akan sekali lagi di babab oleh encik ayah.

Maka. kita dia. Sebab kita tahu ada pasal lah cikgu bagi rotan satu das.

Sekarang.

Pelajar buat salah. Diputar cerita sampai jadi perang sabil mak pak dengan cikgu. Itu lah pelajar sekarang. zaman makin canggih macam-macam cabaran jadi. Yang pelajar mengandung dan pengetua terima cucu sudah berapa ramai. Ye dak?

Cabaran cikgu sekolah nak bentuk akhlak dan akademik bagi seiring itu sangatlah payah. Sikap mak pak kadang-kadang serah semuanya dekat cikgu. Mak pak sekarang pulun cari duit banyak sampai tak tahu anak dia buat apakah?

Nauzubillah.

..........

Zaman universiti

Cikgu kita adalah pensyarah kita. zaman ini sudah ada jati diri kuat. Tidak macam zaman darjah satu loko-loko dan kemereh kemereh. Zaman ini cabaran cikgu nak bela dan didik kita sungguh banyak.

Pensyarah menerima kita sebagai pelajar dengan gaya matang dan macam ini lah: kalau engkau buat pasal engkau kena tending. Ye dak. maka fikir sendiri. Dan berbuat lah sebaiknya.

..............

Selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya. dan semua guru di Malaysia ini juga. Teruskanlah mendidik anak bangsa kita dengan hati yang ikhlas dan tabah.

Tugas ini akan menjadi darah daging kita sehingga ke akhir hayat. Memberi ilmu dan mengubah anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna.


Babai. Esok hari guru. Kena pakai baju batik khas untuk hari guru. Akan saya rakamkan detik itu esok. Dan saya seronok meraikannya.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?