.Cuti dua minggu. Tidak sabar mahu balik ke kampung halaman. Berjumpa encik ayah dan puan emak dan semua ahli keluarga. Rasa rindu dan mahu menyedut udara lain selain dari udara Bandar johor bahru ini.
Intro pasal rindu dan udara.
Tapi bukan lah satu topik sains dan kaseh sayang. HaHa.
......
Tak ada idea menulis. Jadi mari berkongsi resepi. Gaya malas-malas menulis.
Resepi ketam masak cenggini. Suka hati lah mahu bagi nama apakah. Asal sedap saja saya balun dan tibai makan. Saya tanya encik google. Macam-macam nama dia bagi. Ah. Masak encik ketam berlada pun boleh lah.
Bahan A [kisar]
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit halia
Cili kering
Bahan B
Ketam [goreng separuh masak]
Sos tiram
Kicap manis
Sos lada hitam [jika awak-awak suka lah ye]
Cara memasak:
Tumis bahan kisar sampai masak. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Masukkan ketam. Masuk garam dan sedikit gula kalau pedas sangat.
Baca selawat ke atas nabi dan doa kasih sayang keluarga [ya Allah satukan lah hati kami dan perbaiki lah hubungan diantara kami] siap. [maaf lah say abaca translation saja tak baca doa kot bahasa arab sebab saya fikir Tuhan lagi tahu hati dan maksud semua hambanya] ye dak?
Eh. Satu lagi. bila agak dah dekat nak masak tu. Pecahkan sebiji telur. Godak sikit. Tunggu masak telur yang dipecahkan tadi. Kemudian. Siap.
Agak-agak pekat kuah. Masak lah. tengok ketam tu macam dah masak. Angkatlah. Potong daun bawang tabur.
Nak masak ni tidak lah boleh buat alasan tidak reti. Maka kena try and error. Google kan ada. Maka. ia adalah mudah.
Tidak lah payah pun.
tamat entri malas dari saya malam ini. sekian.

1 comments :
huhuhu.... nampak macam sedap... harapnye.. rasa pun sedap juga le.. huhuhuhuh...
Post a Comment