...sekolah kehidupan..

Wednesday, May 4, 2011

Cerita satu kapal dan hal serius

Selamat petang rabu.

Kadang-kadang terasa mengantuk. Tapi sedang memaksa diri tidak mahu tidur petang. Mengantuk sebab hari ini tidak balik rumah terus lepas sekolah tapi pergi melepak dan menonton cerita Marimar dengan puan ibu mertua dulu baru balik kerumah.

Kami tidak ada cerita lain bila jumpa. Selain cerita pasal gaya hidup isteri-isteri dan cerita emak-emak, cerita Marimar mesti di cerita sama-sama. HaHa. Puan ibu mertua saya tidak pernah terlepas cerita itu. Kalau saya tidak sempat tonton. Bila Jumpa dia saya mesti tanya dia apakah jalan cerita nya? KAHKAHKAH.

Ini lah dinamakan satu kapal dan baik-baik saja antara emak dan anak.

Berbuat baik dan membina hubungan baik pada orang tua mestilah tidak mengira ibu. Ibu encik suami adalah ibu kita juga.

Cerita Marimar itu makin bikin hati geram dan sedih pulak. Ah. Bikin marah.

Titik.

........................

Mari serius.

  1. Saya sedang menunggu cuti sekolah akhir bulan May. Saya nak balik kampung di utara nun.
  2. Saya rasa tidak lah salah kita meringankan kerja orang sebab Tuhan itu yang nampak dan nilai.
  3. Dan. Tolonglah jangan over acting sangat untuk siapa-siapa sahaja.
  4. Hidup kita kenalah sederhana. Jangan menyakiti orang secara banyak. orang pun tidak menyakiti kita secara banyak nanti.
  5. Ye dak?

Tamat.

2 comments :

Acik As said...

iman,, malam tadi mak saya pun bagi nasihat berasaskan cerita marimar...adoyai...sungguh terkesima takleh cakap banyak hanya mendengar...


iman saya da lama tak amek tahu pasal cuti sekolah mahupun cuti u, keje saya adala belajar dan keje sepanjang masa...huk huk...

mujur iman cakap ujung mei ni cuti, leh plan jenjalan ngan anak-anak pokok ek buah...hehehe...

p/s mujur kenal iman sebagai cikgu (^^)

pensil iman said...

as..adkh anda sdg bercinta? ahahhaa



cuti sek bmula akhir may smpai 2 mngu bln jun..masa ni nak balik kg...ahah


iman dan ulam..begitu dasyat kah?