...sekolah kehidupan..

Thursday, May 26, 2011

Hari ini ucapan jahat

Hari ini rasa macam saya menjadi jahat. Sebab apakah? Sebab frust atau siapa tidak faham dalam bahasa melayunya adalah kecewa. Berduka yang hari itu belum habis lagi. sila klik disini.

...

Tapi sumpah tidak bagus berasa seperti ini. Rasa macam bila nak habis tidak tahu lah. Tengok saja muka satu dua budak yang saya meluat. Terus semua saya jadi meluat. Satu kelas rasa meluat.

Dan hati menjadi kelat-kelat. Saya buat muka ketat. Tanda tidak mahu mesra macam selalu.

....

Dalam kelas mulut dia bising macam dia pandai semua. Tapi masa peperiksaan tidak reti jawab pulak. Pada saya macam ini lebih baik:

Jadi diam-diam ubi berisi

Bukan jadi:

Tin. Kosong. Dan bising pulak.

..........

Punca saya jadi macam jahat:

sebab tidak reti hargai peluang dan menghargai ilmu. Sampai bila lah baru mahu reti hah? sudah tingkatan lima tahun ini. Nak main-main lagi dalam kelas ada satu perkara tidak berguna langsung.

Bercinta di alam sekolah. Tidak datang kelas tambahan. Depan saya lalu buat bodoh berendot dengan awek. Sedangkan dia tahu masa itu kelas tambahan.

Bila jawab peperiksaan macam tahik.

Pada saya kalau mahu bercinta biarlah dalam pelajaran jadi bagus jugak. Bukan merudum. Itu bodoh namanya. Ye dak?

Entah lah rasa hangin hari itu belum habis. Memang pecah tune suara saya jerkah budak kepalang ajar itu. duduk diam semuanya lepas itu.

Dia tidak tahu tune suara saya ada lagi yang terkuat. Saja tidak ahbis keluar. Simpan sikit untuk lain hari.

.......

Tambah-tambah dekat budak yang hantar kertas kosong. Dia memang lapar sakit. Bukan lapar nasik. Dia lapar sakit dari rotan cikgu PK HEM atau lapar sakit dari guru kanan saya. Memang tak menahan berbulu dalam hati saya.

Suara saya kuat. Mau saya jerkah sampai kelas sebelah dan tiga empat belah pun boleh dengar. Budak yang sama. Dengan muka togel tidak ada cahaya beriman. Memang tak ada nur lah.

Dasar pemalas tegar. Bebal.

......

Hari ini memang saya rasa macam saya jahat. Sebab benci tengok budak tidak reti hargai peluang dan ilmu. Jadi saya tidak lagi reti senyum dan bersembang baik dengan mereka. Tengoklah kalau mereka ada rasa sedar. Boleh saya belajar berlembut semula.

Tak tahu lah apa pe'el saya sekarang. sebab ia mengecewakan saya. maka. ini lah. saya tidak dapat menerima hakikat. Soalan yang senang pun tidak di jawab molek-molek.

.......

Saya puas suap ilmu harap-harap mereka boleh buat dengan baik. Nak suruh saya suap macamana lagi? pi bagi terus jawapan bulat-bulat supaya boleh jawab peperiksaan?

Ini lah sikap budak melayu pemalas.

Bebal. Dan buta kayu.

Sekian. Hari ini ucapan jahat.


p/s: kadang-kadang sabar ada batas. Bila dah macam melampau sangat sampai tidak tahu dah nak ajar dan berlembut macam mana lagi. maunya keluar dari mulut mengatakan : "awat hang bodoh sangat?"


satu saja pada saya. hati tak nak pada ilmu, tak akan jadi apa. Jahil dan tidak kemana-mana.

Kalau pun harta mak bapak sangat kaya. Dengan tak ada ilmu, harta pun tidak boleh urus dan akan habis macam itu saja.


1 comments :

YuYun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

cikgu sudah naik anginnnnn....huuuu... sabar cikgu..sabar..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?