Selamat hari khamis. Semalam tidur saya sungguh enak sampai jam tiga pagi terjaga dan bangun solat sekejap. Lepas itu. mahu tidur semula terasa sungguh payah. Berguling sampai macamana mahu guling baru buleh tidur lena. Sudah habis gaya. Tengok encik suami tidur kroih-kroih sedap sungguh dan beliau tidak sedar apakah. Hurm. Bila mahu tidur semula terasa payah. Kejap ke golek kanan kejap golek kiri. Sedar-sedar jam lima pagi sudah berbunyi. Hish. Sungguh terasa kecewa. Kecewa banyak. Macam boleh disamakan dengan hajat yang sungguh-sungguh nak makan lambchop tapi kedai tutup. Sedangkan kita cuma ada hari itu sahaja lapang dan tidak mungkin akan kembali kesitu lagi. Boleh makan dikedai lain tapi rasa tidak sama dan tidak sedap pula. .............. Sambung pasal kecewa pagi tadi. Bila terdengar jam bunyi tanda jam lima. Lima pagi bermakna tinggal lagi satu jam saja boleh tidur. Jam enam sudah kena bangun. Masa itu terasa macam mahu undur masa ke belakang semula. Dan terasa mahu merayu-rayu supaya jangan menggerakkan masa. HaHa. Itu cerita kecewa sebab tidak boleh tidur. ............... Mahunya masa bangun pagi terasa macam tidak mahu buka selimut dan mahu saja terus berkubang atas tilam. Mahu masa berhenti sekejap dan beri ruang untuk tidur sejam dua lagi cover balik yang tidak boleh tidur tadi. Huhu. Minta ganti. Sekian. Ini lah sebuah kekecewaan waktu pagi.
Thursday, May 19, 2011
Ini lah sebuah kekecewaan waktu pagi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment