...sekolah kehidupan..

Tuesday, May 10, 2011

Oat. Cuti dan pandu uji

Selamat pagi dengan mulut penuh kena paksa makan quaker oat sebagai sarapan. Makan sikit-sikit ia tidak jemu. Makan banyak-banyak ia mula menjadi muak dan jemu. Maka kena fikir dan masak guna resepi lain selain letak susu dalam ini quaker oat. Kena create resepi lain yang tidak muak secara banyak.

Macam ini lah kesimpulannya. Yang baik-baik dan ubat-ubat semuanya tidak sedap di makan. Yang tidak ubat dan menjadi punca penyakit rasa sedap dan pulun-pulun makan banyak. haish. Macam itu lah.

.............

Minggu depan hari Isnin hari guru.

Hari selasa lepas hari guru hari Wesak. CUTI okay.

[apa motif penulisan menghitamkan tulisan WESAK dan CUTI?] HaHa.

Itu tanda mahu rehat dan bersantai-santai dirumah dengan perasaan bebas tahu? Asyikkk!

Berhenti cakap pasal cuti.

............

Sekarang saya sudah reti bawak kereta manual macam pelesit merempit dari sekolah ke rumah. Dari rumah ke sekolah. dari rumah puan ibu mertua ke sekolah. Dari rumah saya ke rumah puan ibu mertua dan dari rumah puan ibu mertua ke rumah saya. Seterusnya reti bawak kereta ke pasar dan dari pasar ke rumah.

[kedengaran ia sungguh kasehan. Itu saja jalan yang saya tahu. Sang isteri yang lurus dan kurus ini tahu jalan ini sahaja.]

Penyataan apakah ini. sungguh tidak semenggah.



........ HaHa....


KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH. Ha kau. Haku gelak panjang dan kuat lihat gaya penulisan dan maksud diatas.



Ayat diatas mahu bagitahu tanda sudah tahu bawa kereta manual dengan gaya macam reti-reti sahaja. [padahal masih ada hingus. HaHa]

Kalau tahu jalan pasti akan saya redah jalan kemana saja. Macam sedang membuat latihan pandu uji kereta manual dan pantau jalan. HAHA.

Pakkal jalanraya tempat encik suami di Johor Bahru ini semuanya baru pada saya. Takut jugak kang haku drive ke mana-mana saja tidak tahu jalan menjadi sesat tiba-tiba saja sudah sampai jalan ke rumah encik ayah di Kedah.

Tidak ke haru namanya? Ye dak.

Ish. Titik.

Merapu sahaja.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?