...sekolah kehidupan..

Thursday, May 12, 2011

kelas sebelah dan tahun 1999 [i]

Budak-budak ulangkaji sekejap isi masa sebelum jawab periksa. Mereka ada 25 minit lagi masa sebelum waktu peperiksaan pertengahan tahun berlangsung.

Saya lihat pelajar tingkatan lima saya menjawab soalan matematik kertas dua. Saya teringat masa saya tingkatan lima juga. Ini rahsia okay. sekarang tidak rahsia lagi lah.

HaHa.

Ini cerita pasal matematik.dulu-dulu zaman pakai baju putih dan kain biru. Zaman tahun 1999.

Masa saya tingkatan lima pelajaran matematik bukan lah payah sangat pada saya. Ia senang sahaja. Saya ada seorang kawan laki-laki yang pandai matematik sungguh dari saya. Dia kelas sains. Kelas sebelah kelas saya sebelum kelas kami kena pindah naik atas.

Bersungguh dia ajar saya matematik.

HiHi.

Saya disekolah bukanlah seorang pelajar yang pendiam sangat. Saya pemidato dan pendebat sekolah masa itu. [sungguh poyo mendedahkan berita hangat ini] dan dia kawan laki-laki saya itu seorang yang sangat pemalu dan tidak seboleh-bolehnya dia mahu bercakap dengan perempuan. Ish. Dengan saya boleh pulak.

Dan ia menjadi gosip. [budak gonjeng macam saya ini rapat dengan budak pandai dan skema rama macam dia]. Dia bukan ada kawan perempuan. Sungguh dia nerd tahap gaban dan tidak lah segak mana. KAHKAHKAH. [tapi dia PANDAI OKAY. saya ulang dia PANDAI] sebab itu saya boleh berkawan pulak.

Bersambung atau sudah tidak mahu sambung.


Ah. Tamat lah sahaja kesah ini. Terasa lucu pulak dah sampai segan nak menulis. Dan daripada saya ketawa berdekah-dekah sorang-sorang lebih baik berhenti]


p/s: saja letak warna coklat ini. tanda cerita lama dan sejarah kenangan lama-lama

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?