Hai seram. Saya sedang seram di sekolah sekarang. ia menakutkan dan juga mengerikan saya juga. Hish. Ini memang cerita hantu dan syetan. Ini bukan lagi mainan okay. ini hal serius. Tamat. .... Babai. [baik sambung tulis. Kalau tidak bikin orang marah sahaja baca intro cerita seram dan perkara serius tidak habis tapi terus pergi babai] Okay lah. .... Saya sedang disekolah sekarang. Hari ini sekolah saya mengalami jeritan yang panjaaaaaaaaaaaaaannngggg-panjaaaaaaaaaaaaaaaannggggng. Bunyi menangis macam sediiiiihhh-sediiiiiihhhh dan bercampur marah. Sayuuuuuuuuuuuuuupp-sayup dan mengerikan semua orang. Bulu roma saya tegak berdiri tanda tidak sedia dengan bunyi-bunyi macam ini. Auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkk.. [hish! Gimik] Bunyi jeritan panjang-panjang. Marah-marah dan sayu-sayu gaya cerita hantu Puaka Niyang Rapik telah berlaku di sekolah saya. pelajar telah HISTERIA. Ramai seh! Bermula dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Ustaz dan ustazah. Cikgu-cikgu laki-laki. Semua terpaksa berkejar pi sana. Dan pi sini. Pelajar menjerit merata-rata. Itu bikin seram di hati saya. Saya serius menjadi takut. Gaya lebih kurang macam tikus menyorok dalam laci bila ternampak kucing. ... Saya tidak tahu lah apa puncanya. Pelajar sesi petang pun sama. Menjerit-jerit jugak lah. Sudah satu minggu. Tapi. saya tidak lah seram sangat. Sebab saya mengajar pagi. Hari ini jadi histeria sekolah pagi pulak. Masuk kelas pun hati libang libu. Pelajar dalam kelas boleh juga tiba-tiba meracau dan menjerit seram gaya hantu jerangkong yang muka huduh macam hantu yang dok tayang dalam televisyen sekarang. tv 3 contoh terbaik. pantang saja ada iklan. mesti tayang gazet cerita hantu tak guna. Hey. Itu satu perkara yang sungguh tidak semenggah. Melihat pelajar perempuan sedang menjerit dan mengamuk. Itu tanda tidak bagus. saya penakut. Bila semua ini akan berakhir? Ini satu misteri. Saya menjadi takut nak masuk kelas. Takut tiba-tiba pelajar saya menjerit histeria. Saya nak pergi tandas pun takut. Ish. Nak balik rumah kejap lagi pun rasa takut. Encik suami balik jam 6 petang lebih. Saya seorang pulak. Guguguuu....[>.<]
Wednesday, April 27, 2011
Saya sedang SERAM
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

8 comments :
wahhh iman sangat takut (bukan..tapi bedebar) dengar cita ini...
benarkah ia gangguan setan?
sebab masa saya sekolah dulu, banyak kes saya dengar budak-budak ni pakat buat berlakon... :(
as..skrg sy masih di sekola..histeria plajar sesi pagi bsambung dgn plajar
sesi ptg pulak..
sungguh takut..
dan ini bukan lakonan..huhuh.
cikgu.....hati2..jangan pandang belakang..hihihihi
yuyun..sy pandang tepi, kiri, kanan dan depan saja..ahahahh..hu..takut seh!
iman nati update g citer seram ni eh...cam mana ia berlaku dan kenapa berlaku...wahhh cam inspektor polis duk siasat ;P
as..sy xtaw nk update cmana..sy x sure apa puncanya..tp yg pstinya mnurut ckgu2 lama kt sini ia blaka 3 tahun kblkgn ini..stp thn cnggitu..ntahlah..sy baru pindah ke sini thn ni..
huhuhu..... disini ada hantu......
ntah le... bykkan bacaan ayat Qursi tu.... baca 3 Qul.. insya ALLAH... doa moga ALLAH jauhkan perkara yg buruk dari berlaku
pakcik: amin..insyaAllah..amalan 3 qul mmg sgt dituntut oleh agama kita utk menghindar diri dari gangguan syaiton..
Post a Comment