...sekolah kehidupan..

Saturday, April 23, 2011

Ayuh. Mari berkasih sayang!

Ada sesuatu yang saya suka lakukan di dunia ini. iaitu ini:

Ada dua:

Satu.

Memasak. Sungguh seronok. seronok memasak tidak lah boleh diukur dengan bermain dengan riang ria di fun fair genting atau di mana-mana saja.

Ia tidak sama. Sebab memasak disertai dengan kepuasan dan kasih sayang.

Dua.

Memakan. Memakan masakan yang sudah saya masak dengan orang tersayang. Terutama encik suami. Mak bapak atau pun ibu mertua atau dengan keluarga.

Ia adalah satu keseronokan yang tidak bolehlah di definisikan dengan cakap-cakap sahaja. Ia Cuma boleh dirasa dalam hati tahu?

...................

Rasa seronok membuat kejutan pada encik suami apabila dia pulang kerja pada petang hari. Seperti ini:

Nasik goreng kerabu pataya. HaHa. Tadaa~

Tidak lah susah mana. Dan boleh juga membuat dan memasak seperti gaya kedai. KahKahKah.

Dan semalam yang lalu. Sungguh craving daging black pepper. Toing! Toing! Toing! HaHa.

Awak tahu tak kenapa perlunya memasak dan tidak perlunya kita makan di kedai atau restoran apakah?

Sebab di rumah kita masak dengan penuh doa dan kasih sayang. Supaya mengeratkan hubungan dan menyatukan hati-hati orang tersayang kita.

Dan kita tahu bahan apakah yang kita guna.

Dan kita juga tidak gunakan ajinomoto.

Dan kita juga sudah pasti memasak dengan suasana bersih.

Maka. hasilnya sungguh seronok.

Tapi. di kedai pulak. Entah lah Wallahu'a lam bissawab. Saya tidak gemar dan tidak tahu kadar bersih dan kadar guna bahan dan kadar kasih sayang untuk siapa-siapa sudah tentu tidak ada.

Maka. memasak adalah terapi kasih sayang keluarga. Ayuh. Marilah kita berkasih sayang!

6 comments :

Yuyun said...

cikgu.... sos yang membentuk perkataan 'I' itu sungguh comot..hahaha... (jgn marah aaaa)

pensil iman said...

ahahha.yuyun..sungguh2 sy membentuk huruf "i"..tp susah nk cantik...hihihi

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sbb tu le seme org kata... masakan mak masing sedap... sbb mak akan memasak dengan penuh kasih sayang utk anak2 ...dan suami...

lama tak jengah sini.. huhuhu

TQ masih sudi jengah tempat pakcik....

pensil iman said...

sama2 pokcik..=)

Rossnie said...

kak nazrina yg cuwiitttt..caye windu macakan kamuu yg cedap itu :p

pensil iman said...

roshni: tidak lah saya tahu bila lg boleh kita bkumpul rmai2 dan msak n mkn sma2 mcm dulu..semua sudah jauh2 dan brpindah belaka..huhu..miss u too..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?