...sekolah kehidupan..

Tuesday, April 19, 2011

Entri hujung jari, kerja saya dan kerja orang.

Hai. Selamat malam yang seronok dan tidak seronok pada semua.

Saya mengepos entri ini dari rumah baru saya dan encik suami duduki. Sajalah mengetest power internet dari sini.

Lihat lah. Kita kita tidak lah boleh hidup baik jika tidak ada internet. Terasa resah dan kesah sungguh. Sungguh kisah tentang ini sebab sekarang dunia semua di hujung jari. Ye dak?

Mahu bayar bil apa. Hujung jari saja. On laptop. Tekan itu tekan ini. Siap bayar.

Mahu order apakah. Hujung jari juga. On laptop. Tekan itu tekan ini. Siap order.

Mahu masak apakah. Hujung jari juga. On laptop. Tekan itu tekan ini. Siap tengok resepi dan masak.

Mahu mencari bahan maklumat sekolah. Hujung jari juga. On laptop. Tekan itu tekan ini. Siap lah kerja sekolah.

Mahu berhubung dengan jabatan kah. Hujung jari juga. On laptop. Tekan itu tekan ini. Siap selesai tugas.

Lihat. Tanpa hadir. Semua siap untuk yang kerja boleh siap tanpa hadir.

Ini lah kebaikan teknologi dalam hidup hari-hari.

Hish. Ini bukan ceramah teknologi. Ini Cuma intro sebagai kita kita kena ada internet dalam hidup.

Terasa masa menjadi singkat dan cepat. Dan ini lah dunia hari ini. Titik.

....................

Saya rasa kerja saya melambak. Kerja orang lain melambak-lambak juga.

Saya rasa hidup saya sibuk. Kerja orang lain lagi sibuk sibuk berganda juga.

Saya rasa hidup saya kena buat kerja lebih-lebih. Kerja orang lain lagi kena lebih-lebih dari saya.

Saya rasa hidup saya macam perlu rajin secara banyak. Maka. Kerja orang lain lagi kena rajin berganda-ganda dari saya.

Maka.

Berhenti berasa banyak. Fikirkan positif. Dan mulakan semuanya dengan rasa seronok. Inilah nikmat dalam kerja. Sebelum senang kenalah susah dulu. Ye dak?

Babai. Babai. Good nite.

2 comments :

Acik As said...

mahu lihat entri baru iman, tekan laptop, dihujung jari juga ;P

pensil iman said...

hu..as...itulah..zmn skrg cenggini gayalah...=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?