cuaca malam ini dekat johor bahru panas. Malam pun boleh berpeluh-peluh. Mengantuk nak tidur pun sohih kena basahkan badan dulu tanda kena bagi badan sejuk sikit. Suasana bahang ya Rabbi. Sedang diutara hujan pulak. Itulah kuasa Tuhan. ................................... Berikut adalah contoh pembinaan ayat dari perkataan 'dalam'. Mari lah membuat ayat. bermula dari keroje sekolah. Dalam kereta. Ada setambun buku latihan pelajar. Belum saya keluarkan untuk diperiksa. Biarlah buku itu tidur dalam kereta malam ini. Esok saya ambik lah. .................................... Dalam beg. Ada satu fail. Fail kerja sang ketua panitia. [sungguh saya berat terima jawatan ini] sangat tidak suka sedang belajar menjadi suka. Satu fail mewakil segala kerja. SAYA BENCI MELAKSANAKAN MESYUARAT. Kena jadi pengerusi semuanya. Dan saya tidak suka mengarah siapa-siapa. .................................... Dalam fail. Ada dua tiga kertas kerja. semua minta perhatian dan macam wakil kepada tiga empat jam masa berganda baru boleh siap. ada macam-macam. Post moterm itu dan ini. semua berkait prestasi pelajar yang nak kena perhati dan pantau. Lepas itu buat tindakan. macam ini gaya. saya akan jadi tua dulu. Baru boleh pandai banyak. dan saya stress banyak tentang ini. .................................... Dalam bilik atas meja. Ada setambun lagi modul pelajar. Nak kena periksa juga. Sungguh banyak tidak boleh blah. Saya memang nak blah. Tapi nak blah macam tidak boleh. HARUS diperiksa. Lapan kelas darab dengan 40 pelajar sama dengan tiga ratus dua puluh pelajar saya jumpa. Setiap seorang ada modul. Jenuh saya atur jadual mahu periksa hasil kerja latihan depa. .................................... Ini kerja suri. Dalam bakul baju. Ada baju setambun. Tanda minta dibasuh. Maka wajib saya basuh ia secara bagus. .................................. Dalam bilik di suatu sudut cantik. Ada setambun baju baru angkat adri ampai. Minta dilipat secara molek dan kemas. Huh. Itu lah kerja lipat baju. Memang bikin penat secara tersembunyi. Maka. berhenti kerja sekejap. Melipat lah baju dengan bersungguh. Susun molek-molek dalam almari. ................................. Dalam bilik tepi dinding sana. Ada tiga empat kain curtain belum siap berjahit. Panjang dan labuh tidak menahan kudrat saya. Maka berehat lah dulu. Baru sekeping saya siapkan. Esok-esok mungkin. Memang kena teliti. Maka tidak lah boleh buat kalut-kalut. Kang terpeleot saya punya curtain. .................................... Dalam beg kertas atas kusyen. Ada baju mak itam yang manis dan anaknya izzah. Minta saya tolong baiki. Okay lah. Tapi tidak boleh sekarang. Saya tangguhkan ke lain-lain hari. Tidak lah saya tahu bilakah? Dalam bilik di semua sana-sini. Ada habuk. Minta divakumkan. Minta tolong encik suami. Maka. Alhamdulillah. Mengvakum lah beliau dengan bagus. selamat tinggal habuk jahat. ........................................ Ini lah cerita dalam. Dalam kepala. Ada setambun otak. Yang dok fikir. Kerja.kerja.kerja. kerja. Fikir-fikir. Kerja memang tidak habis. Kita yang akan "habis".
Friday, April 1, 2011
Ini ayat dalam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment