...sekolah kehidupan..

Wednesday, April 6, 2011

saya melihat kemampuan yang terhad tapi boleh berusaha buat dan belajar

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
tajuk diatas sungguh panjang berjela. biasalah. hati pun tengah sebu-sebu.


saya lihat kerja.
saya pening. saya baru pindah kesini.
saya sedang ketchup dengan sekeliling.
saya fikir. alahai. andai guru cuma kerja nya mengajar.
saya fikir lagi. alahai. andai guru tidak ada kerja pengurusan yang membebankan.
sayalah akan melompat gembira tidak hengat dunia.
saya akan memfokus mengajar dengan gembira dan berhati lalallala
tanda sungguh boleh menumpu seratus peratus apa yang diperlu pelajar saya dengan hati yang satu saja untuk depa.

..............................................
saya lihat kerja.
saya memang kena belajar banyak.
saya sedang stress sekarang. tekanan darah menjadi rendah. doktor pula suruh makan banyak-banyak.
dia tidak tahu saya kuat makan.
dan tidak lah dia tahu saya sedang stress kerja.
darah pun jadi rendah dan badan lemah semua.
sdia tidak tahu bab makan saya juga juara.
..............................................

saya melihat pelajar saya.
saya sendiri sudah tidak tahu berapa gunung dah doa saya buat depa hari-hari.
saya sendiri tidak tahu dah berapa langkah saya hari-hari setiap kali masuk kelas.
sebab setiap kali derap itu dal satu kali doa.
bukan untuk apa. untuk hati cerah dan mudah terima pengajaran saya.

................................................
saya melihat diri saya
hari ini terasa sensitif
rasa mahu menangis
menasihati pelajar dan ajak pelajar bermuhasabah boleh air mata bergenang-genang
mereka tidak tahu besarnya harapan saya untuk lihat kejayaan mereka
hasil air tangan saya mengajari
jerih payah saya memahamkan dan membuat mereka senang dan tenang

saya melihat diri saya
sekarang mudah ada air mata
lihat kerja hati macam sebak
lihat pelajar hati macam sebak lagi banyak
lihat asal bentuk kejadian manusia dari janin kecik ke budak besar hati boleh menangis juga
lihat encik suami pergi kursus tiga empat hari rasa cinta banyak dan tidak sabar mahu jumpa

terasa mahu dia dengar apakah yang sedang saya stress dan tanggung
cuma boleh menulis disini dengan rasa sedih banyak
melihat kerja
melihat pelajar
melihat saya
nelihat daya saya
melihat adakah saya mempu melakukan kesemuanya?

TUHAN. saya cuma ada anda untuk memberi saya tenang. dan memberi saya kefahaman yang banyak.


saya melihat kemampuan saya yang terhad tapi boleh berusaha buat dan belajar. saya tetap buat macam boleh buat juga. kalau cakap tidak boleh buat. rasa macam nak kena peluku. jadi. letih atau tidak. jawapannya adalah YA.

1 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

cikgu... betapa besarnya beban yg cikgu tanggung..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?