...sekolah kehidupan..

Monday, April 11, 2011

serius dan tidak lawak lawak

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Ini entri larut malam. Tara kucha kucha kucha. Ish. Berhenti lagha. Sila betul betul menulis. 
Baiklah.
....

Saya sakit kaki. Sakit tangan. Sakit belakang. Sakit kepala. Sakit betis peha semua. Saya bergusti. Habis semua sakit badan.

Tidaklah. Saya tipu. Tidaklah saya bergusti. Itu bidaah nyata saya. Sebenarnya saya seminggu dua ini tidak duduk diam seminit. Lagi lah penipu ye dak? Dok diam jugak masa tidur. 

Cuma nak memberi gambaran tahap sibuk saya mencecah 360 darjah kalau di ukur melalui ukuran pai J mengira bulatan. Paling tidak menahan cuti saya satu hari saja minggu ini. Sabtu bersekolah ganti. 

Hish. Mengecat satu rumah.
Hish. Membasuh satu rumah.
Hish. Menjahit curtain satu rumah.
Hish. Melilau mencari perkakas rumah.
Hish. Menyental lantai satu rumah.

Hosh. Itu baru cerita satu rumah. Belum cerita kerja satu sekolah. Itu pasal suri rumah saja.

Maka. Saya menjadi sibuk tidak menahan di hari minggu. Itu saja hari saya untuk menghadap kerja satu rumah.
Hari lain menghadap kerja satu sekolah.

Serius dan tidak lawak lawak. Saya letih dan sangat tidak ada daya.

Sekalli lagi. Saya letih. Ini bukan lawak lawak. MEMANG SAYA LETIH. Titik. 

P/s: bulan mei. Pelajar saya periksa pertengahan tahun. Sungguh sungguh saya kena bekerja keras mengajar dan membuat pelajar saya bersedia. Semoga anak murid saya berjaya. Amin.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?