...sekolah kehidupan..

Thursday, April 14, 2011

Sakit paling sakit

Selamat hari khamis yang agak tidak berapa baik pada saya. mungkin hari anda baik. Tidak macam saya hari ini.

Hari ini saya sakit paling sakit didunia ini.

Apakah sakit yang paling sakit didunia ini?

Mari saya bagi definisi.

Sakit paling sakit didunia adalah sakit yang macam ini. sakit tengkuk, leher dan sebelah bahu sahaja. Maka. apabila mahu ber PALING ia akan menjadi sakit.

Maka jadilah SAKIT paling SAKIT.

Nah! HaHa.

Saya sedang menderita ini hari ini. sakit yang bila saya mahu berpaling ke kanan atau ke kiri akan menjadi sakit. Sakit paling sakit.

Haish. Cukup menderita. Saya syak saya salah tidur semalam. Kedudukan atau posisi yang tidak kena. Menyebabkan saya sakit bahu dan leher dan tengkuk.

Haish. Saya sedang menderita sakit paling sakit. Sungguh tidak menahan.

Tadi pagi sebelum kesekolah sudah lah saya sapu yoko yoko supaya ada sedikit reda. Tapi macam tidak memberi kesan. Lalu menalipon encik suami meminta jasa beliau membeli koyok pula.

Maka.

Anda. Nasihat saya elakkan lah menderita sakit PALING sakit ini. ia sungguh tidak mengujakan. Membuat hari anda menjadi murung dan memegang bahu dan tengkuk apabila mahu berpaling.

Bukan kah itu tidak cool? Mahu berpaling pun ibarat kepala robot cenggitu. Saya syak saya bukan lah seekor robot.

Hurm.

2 comments :

Acik As said...

Assalamualaikum,

Iman sakit sangatkah??

Mungkin anda terlalu stress dengan kerja, saya pernah mengalaminya. Ibarat macam tanda nak kena darah tinggi (mak cakap).

Sekarang ni yang penting REHAT

pensil iman said...

sakit juga as..

mungkin ya..
tp mlm td sy rsa sy tidur tidak cantik..salah bantal mungkin..
sbb msa bgn pgi sy lihat sy tidur mcm tidak cntik di ats bntal tidak kena juga..haish..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?