...sekolah kehidupan..

Wednesday, April 20, 2011

Memang lah boleh buat sangat.

Selamat hari rabu. Hey. Pada saya hari rabu ini comel. Rabu adalah dua sukukata yang comellah pada saya. RA then BU. Ahahhha. Gila apakah memberi definisi comel pada perkataan rabu.

Ya lah. hari lain sebutannya macam tidak comel. Like ahad. Senin. Selasa. Khamis. Jumaat. Sabtu. Macam tidak sedap dan....ah. sila berhenti sekarang!

Ini entri merapu tahap : siapa baca bermakna dia kena telan penyapu sebab menyampah dengan tulisan diatas. Harap dengan penyapu yang dia telan boleh sapu semua sampah diatas. Titik.

.........

INI ENTRI BERJELA. JIKA LETIH JANGAN BACA LAH. SILA TIDUR. ITU LEBIH AFDAL.

Sebagai cikgu memang boleh membuat ini. Apabila pelajar datang tanya saya hari ini kelas tambahan pukul berapakah?

Saya memberi cuti kepada pelajar saya. Tiada kelas tambahan selepas waktu sekolah hari ini sahaja.

Dan hari ini saya mahu pulang awal macam dulu-dulu. Masa tidak dapat jadual kelas lagi. Sungguh banyak masa.

Memberi cuti sebab saya mahu berpindah rumah. Maka ada keroje.

Dan hari ini saya mahu pulang awal macam dulu-dulu. Masa tidak dapat jadual kelas lagi. Pukul 1.30 sudah sampai rumah. Bukan kah itu seronok?

Ya. Seronok untuk sekejap.

Tidak seronok untuk waktu lama dan jangka panjang.

.......

Sebagai cikgu. Memang boleh buat ini. pergi sekolah dan balik sekolah awal. MEMANG BOLEH BUAT SANGAT.

Ajar setakat ikut jam. Dan bunyi loceng balik sudah boleh balik. Itu saja kerja mengajar selain kerja pengurusan bertimbun. Dapat gaji tinggi-tinggi untuk kerja sampai jam 1.30 petang sahaja okay. MEMANG LAH BOLEH BUAT SANGAT.

.....

Sebagai cikgu juga. Memang boleh buat ini. Pergi sekolah dan balik tidak awal. Ini MEMANG LAH ada yang tidak boleh buat.

Ajar lagi lepas waktu sekolah. buat tambahan dan ulangkaji bagi yang mahu ambil SPM atau PMR. Memang letih dan tidak berbayar pun selepas waktu kerja.

[untuk satu tanggungjawab dihadapan dan semoga usaha kita memberi kejayaan pada pelajar]

......

Itu adalah ihsan. Ihsan pada pelajar. Mengajar percuma. Sedang orang lain buka tuisyen untuk pengajaran mereka untuk sejam dua.

Dengan harapan pelajar dapat ulangkaji bersama-sama kita. menerima tunjuk ajar kita. Bagi pembelajaran tahun lepas yang mungkin mereka sudah lupa.

Itu lah ilmu yang disedekahkan. Ia percuma kepada setiap pelajar. Cuma mahu diamalkan. Dan harap memberi perubahan pada MASA HADAPAN mereka.


p/s: bila tengok ada pelajar saya yang tidak bersungguh. Hati Menjadi sedih. Sungguh sedih. Boleh bikin saya menangis. Hati jadi gundah gulana. Rasa marah juga. Dan seolahnya mahu dia faham. Saya sedang memberi ilmu secara percuma. Tidaklah saya meminta bayaran untuk sebuah masa depan yang baik untuknya. Jadi. Belajarlah menghargai ilmu.

SEBAB SEKARANG SAYA BELUM ADA ANAK. JADI HARGAI LAH MASA EMAS SAYA DENGAN ANDA. JIKA ESOK-ESOK SAYA SUDAH ADA ANAK.

MUNGKIN SAYA BERKEJAR MASA MEMBAHAGI MASA ANAK SAYA DAN ANDA.

MUNGKIN MASA ITU TIDAK LAH BOLEH HARI-HARI LEPAS SEKOLAH SAYA MEMBERI ANDA ILMU PERCUMA.

MUNGKIN SAYA TERPAKSA MEMILIH SEDIKIT DARI ANDA ATAU TIDAK DAPAT MEMBERI ANDA ILMU LANGSUNG LEPAS USAI WAKTU SEKOLAH.

ATAU MUNGKIN SAYA JUGA AKAN MEMBUAT TUISYEN BERBAYAR PADA ANDA MEMANDANGKAN PERMINTAAN TUISYEN ANDA PADA SAYA SUNGGUH TINGGI.

MANALAH TAHU. MUNGKIN SAYA SUDAH MAHU MENCARI PENDAPATAN LEBIH-LEBIH. YE DAK?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?