It's so hard. Cukup susah mahu mengajak siapa-siapa untuk menjadi berilmu. susah untuk ajak menjadi baik. lumrah manusia. suka buat silap dulu baru boleh jadi baik. macam habil dan qabil. sudah bergaduh dan mati dulu seorang. baru rasa menyesal dan bersedih hati. sejarah anak nabi adam sudah bagi contoh. manusia memang suka buat silap dulu. baru boleh fikir jalan yang baik ada dimana. ................................. susah nak buat manusia nak boleh belajar dan suka pada ilmu macam ini: Susah itu macam mahu tengok air bila dijirus nak lekat dan duduk molek-molek atas daun keladi. Memang tidak lekat. Jirus pulun-pulun pun tidak ada guna. Pokok keladi macam itu juga. Air sekolam jadi membazir. Tanah jadi becak. Maka. Cukup. Jangan jirus keladi. Bikin miang kalau silap pegang. Kita jirus air atas kayu. Lama-lama kayu akan serap air juga. Bila kayu serap air banyak. lama-lama jadi lembut dan basah. Boleh juga pokok tumpang lain duduk atas tunggul kayu itu. Tidak pun ada cendawan tumbuh atas dia lepas hujan. Jadi juga kehidupan. ............................................ Macam itu lah mendidik pelajar. Adakala hati jadi sungguh sedih. Bagaimanakah saya? untuk menyedarkan kesemuanya? Melihat pelajar saya. setiap hari. Semoga mereka cepat sedar. Semoga TUHAN mendengar doa saya. semoga pelajar saya cepat sedar dan berubah menjadi pelajar dan berilmu dan bersedia terima ilmu. Berterang hati dan mudah menerima pelajaran. Memahami butir ilmu dangan baik dan berjaya cemerlang. amin.
Monday, April 4, 2011
Cerita keladi dan doa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment