...sekolah kehidupan..

Thursday, March 31, 2011

dua perkara syukur

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

DUA PERKARA SYUKUR.

dah dua setengah petang. saya mengantuk. kerja semakin banyak. menimbun minta perhatian dan nak kena tengok. dari sekecik-kecik kerja sampai sebesar-besar kerja. semua nak kena bagi perhatian.

tidak lah boleh tidur petang kroih.kroih.kroih mensedapkan bijik mata sedang kerja dok menagih perhatian.

tidak boleh lepas tangan.
nasib baik ada encik suami yang memahami dan sama-sama tolong buat. jika encik suami melihat saya macam tidak cukup tangan dan kaki menyelesaikan kerja sekolah dan kerja rumah. sama-sama dia tolong saya buat kerja rumah. meringan kan beban saya secara banyak.

kasehan juga pada dia. tapi. sangat beruntung mendapat encik suami yang pandai juga kerja rumah. tidak lah saya sorang-sorang terkedek-kedek.

terima kasih sangat. moga Tuhan membalas anda dengan pahala yang banyak.

syukur dan berterima kasih banyak atas sifat ehsan anda pada saya.
.....................................
saya suka dengan kerja saya. saya suka mendidik dan mengajar. saya puas melihat kadar pemahaman dan penerimaan pelajar saya. dan ia sangat menggembirakan.

bersyukur pada TUHAN kerana memakbulkan doa saya selalu selalu. meminta ruang hati pelajar saya menerima pelajaran dan melembutkan hati yang bebal. saya seronok.

dan bersyukur melihat ketekunan dan kesungguhan mereka.
.........................................

itulah. dalam kepala sekarang.

yang kecik-kecik: basuh baju. lipat baju. kemas. ganti cadar. jahit curtain rumah baru. jahit baju mak itam.

yang tidak kecik: selesaikan lesson plan. tanda modul. ambil buku di kedai fotostat. selesaikan post moterm ketua panitia. sasarkan peratusan lulus pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun. yuran pelajar. update pinjaman buku teks pelajar. rekod pengajaran untuk isnin. ish. semua ini bikin kalut. memang tidak boleh blah!

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?