hey! iman menulis sesuatu hari ini..
tadi. saya jaga exam formatif 1.
Kena masa saya jaga, Masa itu student tengah jawab paper pendidikan Islam. Soalan struktur kena isi tempat kosong.
Soalan adalah berbunyi begini:
1. Pemberian mahar____________ adalah persetujuan bersama yang dipersetujui oleh suami dan isteri.
saya lihat jawapan seorang pelajar.
pelajar itu jawab: di bahagian tempat kosong itu dengan jawapan "siswah".
saya tanya apakah itu "siswah"?
sebab saya tak pernah dengar perkataan "siswah".
student itu jawab:"saya hentam. kan ada yang keluar dari universiti".
saya punya lah fikir. apa kah itu siswah yang pelajar itu tulis? Setahu saya jawapan bagi soalan diatas adalah :mahar Musamma" iaitu mahar yang dipersetujui oleh kedua pihak lelaki dan perempuan yang akan berkahwin.
saya fikir lagi. kenapa student itu kata: " yang keluar dari universiti"
lepas itu saya punya lah gelak dalam hati. mulut tak berhenti-henti senyum. sebab tak boleh dah tahan dengan jawapan budak. rupa-rupanya "mahar siswah" dia adalah "mahasiswa"
kahkahkahkah...jwpn dia sungguh bercirikan hentam.
ahahahhaha..saya gelak dalam perut meletup-letup dan senyum meleret sampai ke bilik guru. tak ada teman mahu kongsi gelak. tunggu kawan ada baru bercerita dan ketawa.
aduhai pelajar. kesian ustaz ustazah dia mahu tanda paper nanti. haku yang menunggu exam pun sudah tak menahan nak gelak.

3 comments :
hahaha...klakor gila..macam2 budak ni ek..ni la yg tlampau kreatif ni
hahahaha. ceit. x menahan btoi...
kalu mcm tu.. susah ye lulus SPM macam pakcik nih... tak merasa le kawin... huhuhuhu
Post a Comment