Saya suka ini lah. Saya suka sedang mengharap sesuatu. Semoga ia menjadi kenyataan. Walaupun tidak lah saya pasti kerja TUHAN. Saya Cuma optimis dan berharap. Tidaklah berharap banyak. Cuma sedikit. Tidak ada pun tidak apa. Lain kali sajalah. kalau ada pun tidak apa. Saya redha dan terima. ..................................................... MARI MEMUDAHKAN KERJA orang yang memerlukan bantuan. Itu lah tajuk saya. Saya suka biar mudah kerja orang. Kelak Tuhan memprmudahkan kita pula. Adoih. Tajuk macam mahu tulis karangan panjang-panjang atau satu public speaking cincai-cincai tanda berlatih berucap depan orang kampung tok wan tok nek kampung melayu lama. Ah. Berhenti merapu. Mari tulis sesuatu yang bermanfaat. ......................................................... Marilah kita memudahkan kerja orang yang memerlukan bantuan kita. Tidak lah salah emmberi bantuan sedikit kelak hidup kita akan dipermudahkan banyak oleh Tuhan. Lihat lah timbale balas yang Tuhan sediakan untuk kita. bukanlah melihat dan mengharapkan apakah timbal balas yang orang yang kita tolong. Itu tidak bagus dan tidak ikhlas. Satu sahaja. Jika kita menolong ringankan beban orang. Jalan kita dihadapan sudah tentunya dipermudahkan tuhan juga. Begitulah hidup. .......................................................... Saya suka ingat seronok-seronok dan sedih-sedih berkorban kerja dengan kawan-kawan. Rindukan kawan-kawan disekolah lama. Hari ini menalipon saya kepada kawan lama. Bertanyakan sesuatu. Rupanya dia sedang kesusahan juga menanggung tugas orang yang tidak tahu komputer [pernah tulis disini] ß sila klik. Saya rasa dalam hidup ini janganlah membuli orang secara banyak. Saya rasa saya tidak pun berupaya membuli orang dengan kerja bertimbun dasyat sampai boleh lemas macam tidak tahu berenang dipaksa berenang. Bikin mati dalam air. Itu lah. saya pun sudah berpindah. Tidak lah boleh bersama dia membuat kerja sama. Rasa rindu pulak buat kerja sambil bersembang dan ketawa. Sama-sama jaga pelajar PMR masa itu. Kelas tambahan dan gerak gempur saat PMR menjelang. Haish. Rasa kasehan pula. Saya sangat bersyukur. Suasana sini alhmadulillah. Dan suasana kerja bagus dan memang tempat memerah keringat. Dan saya sukakannya.
Tuesday, March 29, 2011
saya suka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment