...sekolah kehidupan..

Tuesday, March 15, 2011

itulah kita [satu]

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

perut sedang rasa tidak sedap. [ini perkara pertama dalam kepala sekarang]
.............................................................
masa kecik-kecik. saya teringat sesuatu yang saya sungguh tidak gemar.

teringat pulak dekat tok. [perkataan "tok" adalah nama manja bagi atuk. di sebelah utara, atuk perempuan di panggil "tok" dan atuk lelaki dipanggil "wan"]
................................................................

bila kena cabut uban.

ish. rasa masa itu sungguh kecewa banyak. tok macam suka sungguh suruh cucu dia cabut uban. ya lah. masa itu rambut tok masih hitam semua. naik uban satu dua musti suruh cucu cabut.

tengah main waktu petang. bersama kawan-kawan seronok-seronok. main baling tin kah. main ziropoint kah. main kejar-kejar kah. main apa sajalah hai.

tok tiba-tiba panggil. suruh cabut uban dia. sebagai cucu bagus tidak melawan. pergi jugak lah cabut uban tok. masa itu rasa macam geram sangat. kadang-kadang ada sepupu jahat. cabut sekali rabut hitam tok. ha kau? padan muka.
................................
kadang-kadang.
tok bila ada cucu lalu depan rumah. musti dia panggil. buat apa lagi? cabut uban.

ini adalah perkara tensyen paling tidak menahan saya di waktu kecik-kecik.
.......................................................
terasa malam ini teringat pulak masa kecik-kecik. pakai seluar pendek dekat peha. pakai t shirt sahaja. pergi main dengan kawan-kawan. seronok jugak permainan dulu-dulu. budak-budak sekarang apa yang tahu?

budak-budak sekarang tidak kreatif. tidak lah sekreatif kita dahulu. reti panjat pokok. reti mencipta mainan dan peraturan yang macam-macam. reti semuanya.

tetapi tidak pulak kita menjadi jahat dan terjal.

itu lah kita.

bersambung..

3 comments :

Murni said...

arwah tok muni slalu sruh cabut uban dia jgk..tok ckp 10 helai uban sekupang cabut 50helai ckp la...
pastuh blh p kedai keh3...

Acik As said...

saya kena cabut uban arwah moyang dan pokde...tapi sangat susah cabut uban moyang sebab semuanya putih..huhuhu..rupanya dia suh cabut uban gatal..kiter mana tau...rambut gatal camner..budak-budak..

si ngokngek said...

saya slalu main panjat pokok n urut2 belakang aunty


iman dan ulam..begitu dasyat kah?