Hari ini saya masak menu ringkas. Seringkas buat tulisan trengkas. Daging masak kunyit. Dan masak lemak cili api nenas kesukaan puan ibu mertua. ................................... Nak buat kerja kena ada mood. Sungguh. Ish. Memang sungguh lah orang kata kalau hati hendak semua jadi. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Ye dak? Saya puas bercinta nak jahit baju kurung bagi siap sungguhpun sepasang saja. Bukan payah pun nak perabih. Tapi nak dikatakan kalau hati tidak sungguh dan tidak hendak tidak lah jadi. Setakat baju kurung kedah puan ibu mertua dua jam dua pasang boleh siap. Baju kurung kedah kan pendek saja. Mudah dan rengkas sangat. Itu masa hati hendak buat. Sungguh-sungguh boleh buat bagi siap. Masa hati nak buat. Terus ada daya kuasa kuda. Jahit berjabu tekan pedal motor mesin jahit tidak toleh kiri dan kanan dah. Bila siap. Terus iron dan surun puan ibu mertua pakai tengok molek ke tidak. Itu masa hati nak. Semua jadi. ........................... Nah! Dua tiga hari ini. Hati sedang tidak hendak. Baju kurung saya siap baju saja. Kain tidak siap. Hati tidak hendak sungguh menjahit. Puas paksa diri. Sedangkan masa nak mula-mula cuti. Bukan main bersungguh encik suami keluarkan mesin jahit. Tanda sokongan padu pada si isteri tersayang. Memberi sokongan tidak berbelah bahagi tanda restu. Bersungguh jugak encik suami meneman saya pergi supermarket. Bersungguh saya menshoping perkakas menjahit. Segala benang segala makneka. Mana dengan sekochi. Mana dengan gelendong. Mana dengan snipper. Mana dengan tali tape. Kun lah. tidak kun lah. jarum jahit. Jarum tidak jahit. Ish. Macam nak tukar profesyen jadi pelajar kelas jahitan pulak gayanya masa itu lah. Terima kasih lah encik suami yang memahami. Melayan karenah saya sungguh-sungguh. Habis kedai alat jahit saya geledah mencari barang. Nah. Satu Tupperware besar saya letak semua alat jahit. Macam gaya emak-emak dah sekarang. haish. [emak-emak musti ada alat jahit ye dak? HaHa. Kena ada lah alat ini] ........................... Ini namanya. Hangat-hangat taik ayam. Semangat bukan main. Bila sudah nak habis cuti sekolah. kain baju kurung saya masih jadi kain sentung lagi. Tidak jadi kain susun lagi. Baju kelembak puan emak sedara saya mak itam tidak siap lagi. Pada hal jahit betul saja tidak belok-belok. Tidak boleh siap juga. Duduk situ-situ. Ish. Tidak boleh jadi. KENA ADA HATI NAK. Hati yang tak nak kena jauh-jauh letak. Babai. Nak tidur.
Thursday, March 17, 2011
Ish. Kena ada hati.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment