Gula-gula saya dua balang telah hilang. Satu balang tinggi Cadbury. Satu balang pendek mentos. HaHa. Siapakah gerangan yang menculiknya dari tepi meja saya dibilik guru. Sohih gigi dia akan rongak sebab makan banyak gula-gula saya sampai dua balang. Saya syak dia musti budak-budak sekolah petang. Sebab. Masa saya balik sekolah semalam jam 2 petang ada lagi. Bersambung sesi petang budak sekolah petang saya tidak tahulah siapa gerangan masuk ambil. Harap. Gigi dia tidak rosak dan menjadi cabuk. .......................................................... Macam biasalah saya musti beli gula-gula Cadbury sebalang dua. Buat kudap-kudap pelajar saya. kadang-kadang di kelas tambahan ulangkaji tingkatan lima sebelah petang. Mereka mengantuk. Saya sajikan gula-gula. Cerah sikit bijik mata. Sambil mengaji. Mereka ada rasa manis-manis cekelat. Tidak lah mulut duduk saja. Sebab itu saya ada gula-gula. ......................................................... Kadang-kadang. Gula-gula sebagai reward. Saja-saja main game dalam kelas bila habis pengajaran. Mahu menguji dan bermain. Gula-gula itu adalah teman. Sebab budak suka kumpul siapa paling banyak. maka dia akan pulun jawab ikut kumpulan yang saya sudah bagi. Masing-masing berlumba nak jawab dan dan tunjuk hebat dalam pelajaran. Semata-mata permainan cekelat. HaHa. Sekali-sekala buat ini rasa seronok. pelajar pun seronok. SEKALI SEKALA sahaja kena buat ini. Kalau selalu tidak seronok. Beli cekelat sedap-sedap sikit. Itulah permainan suka-suka. Untuk bina hubunganbaik dan mesra kita. ..................................................... Kadang-kadang. Kerana gula-gula. Pelajar bila jumpa kita akan cakap ini: "cikgu, nak gula-gula". Sajalah dia cari pasal. Itu adalah modal dia untuk tegur kita. Melawak dan bergurau. Jumpa saja. Mintak gula-gula. Jumpa sikit, minta gula-gula. Gurauan cekelat. Nampak tidak? Hubungan antara cikgu dan anak murid terbina. Dari yang tidak ramah menegur saya. menjadi bercakap. Ada satu nila disitu: KEYAKINAN DIRI. Sebab yakin. Dia berani tegur cikgu. Dulu. Nampak kita. Tapi senyum saja. Sekarang. sebab pasal gula-gula. Sudah berani tanya. Lepas itu. pasal pelajaran. Sudah juga berani bagitahu tidak faham dan minta diajar. ................................................... Kadang-kadang. Benda kecik. Bagi nilai besar. Ini lah budak-budak. Kena cara. Dia menjadi reti bahasa. Tidak kena cara. Dia jauhkan diri. Itu sahaja. Bila kena cara. Depa ramai-ramai tunggu kita masuk kelas setiap kali waktu pelajaran. Kalau lambat sikit. Suruh ketua datang panggil. Saja-saja. Tidak ada pasal. Dok melente datang kat meja guru kita.Bukan nak buat apa. Saja singgah tegur. Bila masuk kelas. Punya lah seronok. Melongo dengar kita ajar. Jadi diam dan tumpu. Budak-budak besar. Tinggi-tinggi dari saya. Main ragbi sekolah kebanyakannya budak tingkatan lima. Saya pulak naik gerun. Kalau dulu. Melawan cakap berjabu. Sekarang. jadi anak murid yang boleh lah menurut kata. Rapat pula. Itu lah. .................................................. Pasal gula-gula. Hari ini. saya nak buat sesuatu dengan pelajaran. Tapi. dua balang gula-gula saya hilang. Tak ada rezeki nak bergurau dengan budak. Cakap sayamengajar sambil nak rongakkan gigi depa. Sebab itu kena ada gula-gula. Baru syok. p/s: saya halalkan gula-gula dua balang saya. Cuma. Lain kali saya tidak letak ditepi meja saya dibilik guru lagi. Saya bawak balik rumah hari-hari. Dukung balang gula-gula.
Friday, March 11, 2011
Itu lah gula-gula
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
hehe..mesti antu gula² yang curik cikgu punye kan??
hai..ckgu...
tringt sy msa thun lps f4...
cg tnya soaln n bg ckelat...ckup rmai yg nk jwb soln cg....
aina yg pling bria2 nk kumpul ckelt byk2 cg...best sgt...
klu x da ckelat..cg akn tlis nma student kt piece of pper n pick one...smua pkat..tkut ja nma spa yg kn..hehe...best la msa tu..cg...
aa..cg kta nk bli microfon ,bwk p clas..hehe...
p/s;cg igt lg dk moment2 tu?
yuyun...ahha..musti dah dia teringin dgn gula2 sy..sbb tu dia sapu...
maryam:
i always remember that moment..
seronok kenakan anda semua dalam pengajaran saya..
bukan kah dgn cara itu menjadikan anda bersedia untuk menerima pelajaran?
bab mikrofon tu lagi sy ingat. sbb bila bercakap sorang2 dr kelas awk suara mcm petir..bila sy tanya soalan@ minta pndapat, x nk jwb kuat@jwb pelahanan sgt. aiapa pun xdgr..
jd. mmg kena bwk mikrofon ke kelas..ahaha
apa ingat misha omar saja yg ada mikrofon sndiri? i pun ada taw..aha
Post a Comment