Selamat bermalam sabtu. Esok ahad. Lusa isnin. Isnin bermakna sekolah bermula. Maka. mood sudah sedia mahu mengajar. Padahal mahu mengubah mood ke hala pendidikan setelah cuti lama-lama ibaratnya macam mahu pujuk anak menangis di pasaraya. Guling-guling dia mahukan mainan. Sungguh payah mahu dengar cakap dan menjadi okay. [hish. Macam itulah. cuti lama-lama bikin seronok tidak mahu sekolah] ................................................ Bosan. Cuti lama pun bosan. Tidak boleh kemana-mana. Ada kelas tambahan untuk pelajar SPM saya. Encik suami sibuk sahaja. Hari minggu pun tidak boleh kemana juga. Kenduri kendara pulak. Kemudian. Mahu merancang apakah? Hari tidak minggu dia kerja pula. Balik kerja sudah letih dan mahu berehat-rehat sahaja. Sampai lah saya habis cuti sekolah satu minggu ini. Tamat cuti yang bosan. ............................................................... Ish. Selera makan sekarang macam entah apa-apa. Semua tidak hendak dan tidak sedap tekak. Bosan. Semuanya bosan. Makan bosan. Tidur bosan. Tengok cerita pun bosan. Shopping pun bosan. Menulis blog bosan. Tengok muka buku. Lagi bosan. Semua lah. Tuhan sedang menarik nikmat hidup saya kah? Menjadi bosan semuanya.
Saturday, March 19, 2011
b.o.s.a.n
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
selera makan ntah apa²... emm tu tanda awal nak berbadan 2 ...huhuhuhu
sungguh alhamdulillah jika menjadi betul cakap pocik..ahaha..
tp stkt skrg blum lg..
Post a Comment